Showing posts with label kenapa. Show all posts
Showing posts with label kenapa. Show all posts

Tuesday, 23 June 2026

Duit Makin Lama Makin Susut, Tapi Emas Makin Bernilai!

Sedar atau tidak, nilai mata wang kita semakin hari semakin mengecil disebabkan inflasi. Kalau dulu RM100 penuh satu troli barang dapur, sekarang mungkin dapat beberapa barang sahaja.

​Sebab itu kita perlu faham konsep penting ini: "Yang kita simpan tu EMAS, bukan nilai duit."

​Kenapa Anda Wajib Tukar Sikit Wang Tunai Kepada Emas?




​Berdasarkan perkongsian dalam imej ini, 3 sebab utama kenapa emas adalah Backup Saving terbaik untuk masa depan anda:

  • Pelindung Nilai Wang: Emas mengekalkan kuasa beli anda dalam jangka masa panjang.
  • Aset Mudah Alih: Mudah disimpan, dibawa, dan dicairkan (ditukar kepada tunai) bila-bila masa memerlukan.
  • Dana Masa Depan: Sangat sesuai untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang seperti dana pendidikan anak-anak, deposit rumah, atau dana persaraan.

​"Tapi... Mampu Ke Saya Nak Simpan Emas?"

​Jangan risau! Ramai orang fikir simpan emas ni kena tunggu ada duit beribu-ribu. Hakikatnya, dengan Budget RM100 sahaja, anda dah boleh mula simpan emas secara konsisten.


Langkah kecil hari ini akan memberikan impak yang sangat besar untuk kewangan anda pada masa hadapan. Seperti yang digambarkan dalam imej ini, sesiapa yang tidak mengambil peluang membina simpanan bersama Public Gold sebenarnya sangat rugi. Dari zero saving (tiada simpanan langsung), anda akan rasa betapa mudahnya mengumpul aset dan melihat simpanan semakin berkembang apabila bertukar kepada emas.

​Nak mula pastinya perlu guide dari orang yang sudah laluinya. Anda boleh klik button dibawah untuk kami guide👇

​👉 https://wa.link/fody13

Saturday, 2 January 2021

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Kenapa Perlu Simpan Emas? 

 1. Sengaja saya letakkan tajuk diatas sebagai permulaan bicara. Ianya lebih straight forward untuk membawa kita terus kepada perbincangan. 

 2. Jika kita pecahkan simpanan kita kepada dua iaitu simpan duit Dibank & simpan emas, kita akan dapati simpanan emas “Nampak Miskin” sebab ianya tidak dipengaruhi Oleh Nombor #RM. Simpan Emas dipengaruhi nombor kepada #GRAM 

 3. Akan tetapi, jika kita lihat dari sudut lain, Nilai Duit tidak dapat kekalkan kuasa untuk membeli. Setiap tahun nilainya jatuh dan merosot. Keadaan ini Pakar namakan sebagai inflasi. 

 4. Untuk mudah faham, dengan duit RM50 Tahun 90an, kita boleh beli 100 bungkus nasi lemak kerana harga nasi lemak ketika itu sekitar RM0.50 

 5. Tahun 2021 pula, harga nasi lemak sekitar RM1 bagi sebungkus. Bermaksud dengan duit RM50, kita boleh beli 50 bungkus sahaja. Jadi 100 bungkus & 50 bungkus sudah semestinya beza. 

 6. Untuk Emas pula ada ketika Harga naik dan ada ketika turun. Itu Adalah Normal. Cuma untuk tempoh jangkamasa panjang, kita akan lihat Harga emas naik. Nilainya Semakin mahal dan tinggi.
Kita ambil Contoh sebenar, Tahun 2019 = Sekilo RM184Ribu Tahun 2020 = Sekilo RM215Ribu Tahun 2021 = Sekilo RM272Ribu

7. Daripada RM184Ribu meningkat menjadi RM272Ribu. Perbezaan untuk 3 tahun ini sekitar RM88Ribu. 

 8. Nilai RM88Ribu Mungkin sikit bagi setengah orang tetapi nilai tersebut boleh bangunkan sebuah rumah sederhana besar jika kita mempunyai sebidang tanah. 

9. Simpan aset emas untuk miliki Aset lain. Best kan? 

 10. Jadi, letakkan emas dalam portfolio simpanan kita. 

 Zuraidi Osman 
 Dealer Public Gold 
 01135646869

10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas 🪙✨

  Kalau baru nak mula simpan emas, jangan terlalu fokus pada harga hari ini. Yang lebih penting ialah berapa gram yang berjaya kita kumpulka...