Tuesday, 8 September 2026
10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas 🪙✨
Saturday, 8 August 2026
Menabung Emas: Bila Diperlukan, Emas Boleh Ditukar Menjadi Tunai
Kadang-kadang kita hanya nampak nilai sesuatu simpanan apabila tiba masanya kita benar-benar memerlukannya.
Baru-baru ini, seorang ahli Public Gold yang saya bantu WhatsApp saya.
Dia beritahu yang dia ingin menjual emas yang selama ini disimpan dalam akaun Public Gold.
Saya pun bantu dia untuk membuat pengesahan akaun terlebih dahulu kerana proses tersebut perlu diselesaikan sebelum urusan jualan emas boleh dibuat.
Saya tunjukkan langkah demi langkah.
Alhamdulillah, pagi ini akaunnya telah berjaya disahkan. ✅
Hari ini pula saya bantu tunjukkan cara untuk membuat jualan emas melalui akaun tersebut.
Alhamdulillah, jualan emas berjaya dilakukan. 🪙
Sekarang dia hanya perlu menunggu dalam tempoh 3 hari bekerja untuk wang hasil jualan masuk ke akaun banknya.
Dari kisah ini, saya terfikir…
Ramai orang bila dengar tentang menabung emas, mereka mungkin fikir emas hanya sesuai untuk disimpan dan tidak mudah digunakan.
Sebenarnya, emas boleh menjadi salah satu bentuk simpanan aset.
Kita boleh kumpul sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.
RM100, RM200 atau mengikut kemampuan masing-masing.
Tak semestinya perlu bermula dengan jumlah yang besar.
Yang penting ialah konsisten menabung.
Dan apabila sampai satu masa kita memerlukan wang tunai, emas yang telah dikumpulkan boleh dijual semula mengikut keperluan.
Itulah yang berlaku kepada ahli saya tadi.
Dia bukan baru nak cari duit ketika memerlukan.
Dia sudah mempunyai aset yang telah dikumpulkan sebelum itu.
Simpan hari ini, untuk kegunaan kemudian
Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.
Mungkin ada keperluan keluarga.
Mungkin ada kecemasan.
Mungkin ada peluang yang memerlukan wang tunai.
Sebab itu saya melihat menabung emas bukan sekadar tentang harga emas naik atau turun.
Ia tentang membina aset sedikit demi sedikit.
Tak perlu tunggu kaya.
Tak perlu tunggu ada lebihan duit yang banyak.
Mula dengan apa yang kita mampu.
Sedikit hari ini, insya-Allah boleh menjadi sesuatu yang bernilai pada masa akan datang.
Jangan tunggu ada banyak duit baru nak menyimpan.
Menyimpanlah sedikit demi sedikit supaya kita ada aset apabila diperlukan. 🪙
Nak mula menabung emas?
Kalau nak tahu bagaimana nak mula menabung emas dengan Public Gold, boleh WhatsApp saya. Saya boleh tunjukkan langkah demi langkah.
👉 Daftar percuma dengan klik whatsapp ni https://wa.link/fody13
Nota: Tempoh kemasukan wang bergantung kepada proses dan terma transaksi semasa.
Monday, 29 June 2026
Panduan Untuk Pemula Simpan Emas Public Gold
Ramai orang ingat simpan emas perlukan modal besar. Sebenarnya, gambar ini menerangkan bahawa sesiapa pun boleh mula menyimpan emas secara mudah dan konsisten walaupun dengan bajet kecil.
Langkah pertama ialah daftar secara percuma sebagai ahli Public Gold melalui GAP iaitu Gold Accumulation Program. GAP ni ibarat akaun simpanan emas digital yang memudahkan kita beli dan kumpul emas sedikit demi sedikit tanpa perlu terus beli jongkong besar.
Untuk permulaan, pembelian minimum hanyalah sekitar RM100 atau 1 gram mengikut kemampuan masing-masing. Ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar disiplin menyimpan dan lindungi nilai wang daripada inflasi. Daripada duit habis tanpa sedar, sebahagian boleh ditukar kepada simpanan emas yang mempunyai nilai jangka panjang.
Selain itu, gambar ini juga galakkan pengguna buat simpanan secara konsisten selama 12 bulan menggunakan kaedah auto debit. Maksudnya, setiap bulan sejumlah wang akan ditolak secara automatik untuk beli emas. Cara ni membantu kita lebih berdisiplin tanpa perlu fikir banyak setiap bulan.
Kelebihan lain yang ditunjukkan ialah:
Patuh syariah
Boleh urus secara online 24/7
Emas fizikal boleh ditebus bila cukup gram
Kesimpulannya, simpan emas bukan lagi untuk orang kaya sahaja. Dengan kaedah yang mudah dan fleksibel, sesiapa pun boleh mula bina simpanan emas sebagai persediaan masa depan dan perlindungan kewangan.
Nak mula simpan emas tapi tak tahu macam mana?
Klik link bawah, kami bantu guide 👇
👉 https://wa.link/fody13
Thursday, 11 June 2026
Simpanan Bertahan Dari Inflasi
Tahukah anda, jika simpan duit di bank, dividen tahunan yang kita dapat hanyalah sekitar 5% sahaja setiap tahun. Bahkan dividen semakin lama semakin menurun. Sedangkan harga barang keperluan naik lebih 10% setiap tahun!
Ini bermaksud, kekayaan kita dirompak setiap tahun tanpa kita sedar (oleh inflasi). Dan itulah sebab kenapa orang sentiasa merungut tentang harga barang semakin mahal.
Rungutan itu sebenarnya bukan hanya pada hari ini, tapi sejak zaman ibubapa dan datuk nenek kita lagi! Inflasi itu merompak kekayaan kita dalam diam…
Tahukah anda, kenaikan harga emas secara puratanya sekitar 10% setahun berdasarkan sejarah 20 tahun harga emas?
Tahukah anda, syiling emas 1 dinar (seberat 4.25 gram) mampu membeli seekor kambing sejak 1,400 tahun yang lalu hingga sekarang?
Ini bermaksud, bila menyimpan emas, anda tak perlu bimbang lagi simpanan anda dirompak oleh inflasi.
Adakah perlu duit simpanan ditukarkan kepada emas semuanya?
Jawapannya “tidak”.
Duit yang nak digunakan dalam jangkamasa terdekat, simpanlah dalam akaun bank (wang kertas). Tapi untuk simpanan jangka panjang (2 tahun dan ke atas), simpanlah dalam bentuk emas.
Jika nak gunakan duit, anda tak perlu bimbang. Ada emas maksudnya ada duit.
Harga Emas Confirm Naik Jangka Masa Panjang!
Orang kata harga emas naik turun, kat mana nak untung?
Jawapannya: jika simpanan emas dapat menyelamatkan duit anda, itulah keuntungan utama
Harga emas naik itu bonus. Namun jika jangka masa panjang, emas adalah kekayaan sebenar yang confirm untung
So Bagaimana Nak MULA?
Nak mula pastinya perlu guide dari orang yang sudah laluinya. Anda boleh klik button dibawah untuk kami guide
👇
https://wa.link/fody13
Mulakan simpanan kecil hari ini untuk masa depan yang lebih tenang ✨
Tuesday, 2 June 2026
Mudahnya Simpan Emas Guna Handphone
Dulu bila sebut simpan emas, ramai bayangkan kena pergi kedai emas, bawa duit yang banyak dan simpan emas secara fizikal di rumah. Hari ini semuanya berubah. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, sesiapa sahaja boleh mula menyimpan emas dengan mudah, selamat dan fleksibel.
Simpan Emas Kini Di Hujung Jari
Melalui aplikasi simpanan emas, kita boleh:
✅ Semak harga emas secara masa nyata
✅ Beli emas serendah kemampuan
✅ Pantau jumlah simpanan emas bila-bila masa
✅ Tambah simpanan secara konsisten
✅ Menjual semula emas dengan mudah apabila diperlukan
Seperti dalam gambar di atas, hanya menggunakan sebuah telefon pintar, pemilik akaun boleh melihat jumlah simpanan emas mereka dan melakukan transaksi dalam beberapa saat sahaja.
Kenapa Ramai Pilih Simpan Emas?
1. Melindungi Nilai Wang
Nilai wang boleh susut akibat inflasi, tetapi emas telah terbukti mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang.
2. Mudah Bermula
Tidak perlu menunggu mempunyai ribuan ringgit. Mulakan dengan jumlah yang kecil tetapi konsisten.
3. Aset Yang Diiktiraf Seluruh Dunia
Emas diterima dan mempunyai nilai di hampir semua negara.
4. Simpanan Jangka Panjang
Ramai menggunakan emas sebagai tabung pendidikan anak-anak, dana kecemasan dan persediaan persaraan.
Tip Simpan Emas Untuk Pemula
📌 Tetapkan sasaran simpanan bulanan.
📌 Beli secara konsisten tanpa terlalu memikirkan turun naik harga harian.
📌 Jadikan emas sebagai simpanan, bukan alat untuk cepat kaya.
📌 Simpan untuk tempoh yang panjang bagi mendapatkan manfaat yang lebih baik.
Teknologi Memudahkan Kita
Jika dahulu menyimpan emas memerlukan banyak urusan, kini semuanya boleh dilakukan melalui telefon pintar. Semakan baki, pembelian dan rekod transaksi semuanya berada di dalam satu aplikasi.
Dengan kemudahan teknologi hari ini, alasan "susah nak simpan emas" sudah tidak lagi relevan. Yang penting ialah memulakan langkah pertama.
Penutup
Simpan emas bukan tentang siapa yang paling banyak memiliki emas, tetapi siapa yang paling konsisten menyimpan. Walaupun sedikit, jika dilakukan secara berterusan, ia boleh menjadi aset yang bernilai pada masa hadapan.
Ingat: Simpan emas bukan untuk kaya esok, tetapi untuk melindungi nilai kekayaan yang kita bina hari ini.
#SimpanEmas #PelaburanEmas #PublicGold #EmasFizikal #SimpanDuluBaruBelanja #FinancialFreedom #SmartSaver
Thursday, 2 January 2025
BELI EMAS MEMBAZIR DUIT
Ramai fikir emas tu membazir.
Kawan, emas adalah aset. Ia sebaik hartanah.
Ramai orang lebih suka beli hartanah berbanding emas. Mereka berpendapat hartanah adalah aset dan sebagai harta, apabila terdesak boleh pajak, dijual dan boleh pula diwariskan untuk anak-anak.
Namun harga hartanah kini telah melonjak hingga ramai dikalangan kita hanya mampu tengok sahaja.
Berbeza dengan emas. Berbanding hartanah, kita boleh beli emas sedikit demi sedikit. Kita tidak perlu beli sekilo terus.
Sebagaimana hartanah, emas simpanan kita ini boleh dipajak atau dijual di saat kita terdesak, dan boleh juga diwariskan kepada anak-anak. Buat masa ini tiada cukai dikenakan oleh Kerajaan untuk pemilikan emas berbanding hartanah yang perlu dibayar cukai.
.
Emas tidak perlu diisytiharkan. Tiada siapa tahu berapakah simpanan emas kita. Tidak perlu masuk dalam borang perisytiharan cukai.
Emas juga boleh dibeli secara tunai. Ikut kemampuan kita. Di Public Gold misalnya, kita boleh simpan emas dalam GAP dari serendah RM100 sahaja.
Jika suka emas fizikal, kita juga ada emas dari serendah 0.5g dengan pelbagai design menarik.
Namun begitu emas jika telah cukup haul dan nisabnya - WAJIB Zakat apabila berat emas ada 85g dan ke atas!
Walau bagaimanapun jika kita simpan duit tunai dalam akaun bank tetap perlu juga bayar zakat bila cukup syarat Wajib Zakat. JADI APA BEZA SIMPAN EMAS DENGAN SIMPAN DUIT? Kenapa takut nak simpan emas?
Berbanding wang kertas, Emas adalah solusi kepada inflasi. Penat simpan duit, jangka panjang semakin berkurang NILAI simpanan kita. Jadi lebih baik TUKAR simpanan Wang kertas kita tadi menjadi SAFE HEAVEN ASSET iaitu EMAS.
Jangan set dalam minda takut kena bayar zakat. Bila kita wajib dikenakan zakat emas, maknanye ekonomi kita semakin baik🤓. Bukankah itu bagus?
Soalan seterusnya dekat mana nak beli Emas?
Dimana-mana pun boleh, terpulang pada bajet masing-masing. Ikutlah pada keperluan dan kesesuaian masing-masing.
Public Gold ada semua jenis simpanan emas yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan kita. Tanya sahaja kepada introducer anda.
Jom mulakan sekilo emas kita hari ini.
wasap.my/601135646869/NakSimpanEmas
ZURAIDI BIN OSMAN
Authorised Dealer Public Gold
Saturday, 29 May 2021
KENAPA PERLU JADI DEALER PUBLIC GOLD
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Best ke jadi dealer PG ni?
Mestilah best.
Bayangkan kita beli emas ikut pakej yg ada, hanya tmbh wealth card rm200 yg ada emas 0.5gm pd kad tu, kita layak dpt insentif seumur hidup.
Selepas jadi dealer PG, kita layak:
🔹 Dpt insentif seumur hidup bg setiap belian sndiri
🔹 Dpt insentif belian org bwh kita
🔹 Tiada yuran tahunan
🔹 Tak wajib rekrut orang. Tp kalau nk income sampingan 3-5 angka sebulan, kenalaa aktif luaskan empayar sndiri
🔹 Dealership yg boleh diwarisi
🔹 Dealer PG bukan shj bergelar dealer jualan emas public gold, tp dikenali sbg PGBO (Public Gold Business Owner). Semua platform bisnes PG, kita layak dpt insentif atas belian sndiri atau belian prospek kita. Nama kan je kedai apa - PG Mall, PG Jewel, PG Museum, Aurora Italia, asalkan bisnes tu under Public Gold, automatik jd bisnes kita. Takyah susah2 buka kedai sndiri, gerakkan aje platform yg PG sediakan
Ada byk kelebihan lain, nanti saya share lagi.
Berminat? Tekan link ni
Saturday, 2 January 2021
KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?
10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas 🪙✨
Kalau baru nak mula simpan emas, jangan terlalu fokus pada harga hari ini. Yang lebih penting ialah berapa gram yang berjaya kita kumpulka...
-
Cara jadi dealer atau pengedar emas public gold untuk berniaga jongkong emas dan perak pelaburan fizikal untuk menjana pendapatan ak...
-
Dulu bila sebut simpan emas, ramai bayangkan kena pergi kedai emas, bawa duit yang banyak dan simpan emas secara fizikal di rumah. Hari in...
-
Kini simpan dan urus pelaburan emas jadi lebih mudah hanya dihujung jari melalui Akaun Emas GAP Public Gold. Dengan sistem yang mesra peng...




