Showing posts with label beli. Show all posts
Showing posts with label beli. Show all posts

Monday, 29 June 2026

Panduan Untuk Pemula Simpan Emas Public Gold

 


Ramai orang ingat simpan emas perlukan modal besar. Sebenarnya, gambar ini menerangkan bahawa sesiapa pun boleh mula menyimpan emas secara mudah dan konsisten walaupun dengan bajet kecil.

Langkah pertama ialah daftar secara percuma sebagai ahli Public Gold melalui GAP iaitu Gold Accumulation Program. GAP ni ibarat akaun simpanan emas digital yang memudahkan kita beli dan kumpul emas sedikit demi sedikit tanpa perlu terus beli jongkong besar.

Untuk permulaan, pembelian minimum hanyalah sekitar RM100 atau 1 gram mengikut kemampuan masing-masing. Ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar disiplin menyimpan dan lindungi nilai wang daripada inflasi. Daripada duit habis tanpa sedar, sebahagian boleh ditukar kepada simpanan emas yang mempunyai nilai jangka panjang.

Selain itu, gambar ini juga galakkan pengguna buat simpanan secara konsisten selama 12 bulan menggunakan kaedah auto debit. Maksudnya, setiap bulan sejumlah wang akan ditolak secara automatik untuk beli emas. Cara ni membantu kita lebih berdisiplin tanpa perlu fikir banyak setiap bulan.

Kelebihan lain yang ditunjukkan ialah:

  • Patuh syariah

  • Boleh urus secara online 24/7

  • Emas fizikal boleh ditebus bila cukup gram

Kesimpulannya, simpan emas bukan lagi untuk orang kaya sahaja. Dengan kaedah yang mudah dan fleksibel, sesiapa pun boleh mula bina simpanan emas sebagai persediaan masa depan dan perlindungan kewangan.

Nak mula simpan emas tapi tak tahu macam mana?
Klik link bawah, kami bantu guide 👇
👉 https://wa.link/fody13

Zuraidi Osman
Dealer Public Gold


Tuesday, 2 June 2026

Mudahnya Simpan Emas Guna Handphone

 


Dulu bila sebut simpan emas, ramai bayangkan kena pergi kedai emas, bawa duit yang banyak dan simpan emas secara fizikal di rumah. Hari ini semuanya berubah. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, sesiapa sahaja boleh mula menyimpan emas dengan mudah, selamat dan fleksibel.

Simpan Emas Kini Di Hujung Jari

Melalui aplikasi simpanan emas, kita boleh:

✅ Semak harga emas secara masa nyata
✅ Beli emas serendah kemampuan
✅ Pantau jumlah simpanan emas bila-bila masa
✅ Tambah simpanan secara konsisten
✅ Menjual semula emas dengan mudah apabila diperlukan

Seperti dalam gambar di atas, hanya menggunakan sebuah telefon pintar, pemilik akaun boleh melihat jumlah simpanan emas mereka dan melakukan transaksi dalam beberapa saat sahaja.

Kenapa Ramai Pilih Simpan Emas?

1. Melindungi Nilai Wang

Nilai wang boleh susut akibat inflasi, tetapi emas telah terbukti mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang.

2. Mudah Bermula

Tidak perlu menunggu mempunyai ribuan ringgit. Mulakan dengan jumlah yang kecil tetapi konsisten.

3. Aset Yang Diiktiraf Seluruh Dunia

Emas diterima dan mempunyai nilai di hampir semua negara.

4. Simpanan Jangka Panjang

Ramai menggunakan emas sebagai tabung pendidikan anak-anak, dana kecemasan dan persediaan persaraan.

Tip Simpan Emas Untuk Pemula

📌 Tetapkan sasaran simpanan bulanan.

📌 Beli secara konsisten tanpa terlalu memikirkan turun naik harga harian.

📌 Jadikan emas sebagai simpanan, bukan alat untuk cepat kaya.

📌 Simpan untuk tempoh yang panjang bagi mendapatkan manfaat yang lebih baik.

Teknologi Memudahkan Kita

Jika dahulu menyimpan emas memerlukan banyak urusan, kini semuanya boleh dilakukan melalui telefon pintar. Semakan baki, pembelian dan rekod transaksi semuanya berada di dalam satu aplikasi.

Dengan kemudahan teknologi hari ini, alasan "susah nak simpan emas" sudah tidak lagi relevan. Yang penting ialah memulakan langkah pertama.

Penutup

Simpan emas bukan tentang siapa yang paling banyak memiliki emas, tetapi siapa yang paling konsisten menyimpan. Walaupun sedikit, jika dilakukan secara berterusan, ia boleh menjadi aset yang bernilai pada masa hadapan.

Ingat: Simpan emas bukan untuk kaya esok, tetapi untuk melindungi nilai kekayaan yang kita bina hari ini. 

#SimpanEmas #PelaburanEmas #PublicGold #EmasFizikal #SimpanDuluBaruBelanja #FinancialFreedom #SmartSaver

Saturday, 25 October 2025

CARA JADI DEALER PUBLIC GOLD






Cara jadi dealer atau pengedar emas public gold untuk berniaga jongkong emas dan perak pelaburan fizikal untuk menjana pendapatan aktif dan pasif seumur hidup

PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD atau Public Gold adalah syarikat pelaburan emas pertama malaysia yang menjual dan membeli emas fizikal khas untuk pelaburan yang terdiri daripada jongkong emas dan perak secara online yang telus mengikut harga emas dunia, harga emas termurah dan patuh syariah. Public Gold SATU-SATUNYA syarikat emas yang memberi peluang untuk menjadi pengedar emas atau dealer Public Gold untuk berniaga emas bagi menambah pendapatan aktif dan menjana pendapatan pasif sepanjang hidup dan perniagaan emas bersama Public Gold adalah perniagaan sendiri yang boleh di warisi.

Cara jadi dealer Public Gold amat mudah, tanpa yuran dan pelbagai kaedah mengikut kemampuan pelabur emas. Dealer Public Gold adalah pelabur dan peniaga emas iaitu melabur emas sambil berniaga produk emas dan perak Public Gold seperti jongkong emas atau gold bar emas 999.9%, syiling dinar emas, jongkong perak atau silver bar, syiling dirham, barangan kemas Aurora Italia atau PG MALL. Public Gold menyediakan banyak peluang perniagaan yang luas dan dapat menjana pendapatan apabila menjadi dealer Public Gold dengan berniaga atau promosikan produk emas dan perak, barang kemas, pg gold museum atau pg mall.

Banyak cara untuk menjadi dealer Public Gold dan pelbagai kursus atau seminar percuma di sediakan di setiap cawangan Public Gold apabila telah menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold untuk memberi peluang menambah pendapatan sampingan dan menjana pendapatan pasif. Syarat baru menjadi dealer Public Gold tahun 2018 adalah syarat yang lebih efisien tanpa di pengaruhi oleh kejatuhan nilai wang kerana berdasarkan pembelian berat emas tanpa yuran atau bilangan rekrut atau downline.

CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD :

Panduan untuk menjadi dealer Public Gold mengikut kemampuan diri atau kewangan peribadi. Cara-cara menjadi dealer emas atau pengedar emas public gold, pilih satu :

1.CARA TERBAIK MENJADI DEALER PUBLIC GOLD TANPA MODAL

Cara terbaik menjadi dealer Public Gold tanpa modal adalah dengan menjadi ahli Public Gold dahulu dan seterusnya upgrade untuk menjadi dealer Public Gold. Pembelian apa sahaja produk emas atau perak Public Gold terus menjadi ahli Public Gold. Belian minima RM100 emas akaun GAP atau beli minima gold bar 0.5g secara runcit untuk jadi ahli Public Gold. Ahli public gold dapat upgrade menjadi dealer dengan hanya promosikan emas public gold kepada 50 orang dalam tempoh 3 bulan. Ini peluang terbaik bagi ahli public gold yang modal kecil untuk upgrade jadi dealer tanpa perlukan modal membeli emas 200g. Jadi bertindak membeli emas GAP minima RM100 untuk jadi ahli dan seterusnya promosikan kepada keluarga, saudara mara, rakan atau orang ramai untuk mendapatkan 50 orang ahli/dealer sebagai downline untuk terus jadi dealer tanpa modal.

Cara menjadi dealer public gold tanpa modal ini adalah cara paling baik dan berkesan kerana dealer telah membina empayer perniagaan Public Gold kerana telah memiliki 50 orang downline dan telah berjaya membina pendapatan pasif.

Kaedah Menjadi Dealer Modal Kecil iaitu dengan mengumpul emas sedikit demi sedikit, apabila emas telah banyak terkumpul, semua emas tersebut di jual dan beli balik emas untuk menjadi dealer Public Gold.

2. CARA MUDAH MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

Cara mudah menjadi dealer adalah dengan membeli sejumlah emas tertentu sekaligus tanpa yuran dengan cepat menjadi pelabur dan peniaga emas. Cara mudah menjadi dealer Public Gold ini memerlukan modal besar kerana perlu membeli sejumlah berat emas sekaligus dalam satu resit. Namun cara membeli emas terus menjadi dealer ini adalah cara paling mudah dan cepat untuk menjadi dealer, mendapat komisen atau diskaun belian emas dan paling menguntungkan dalam pelaburan dengan membeli jongkong emas yang besar yang lebih murah serta spread rendah untuk keuntungan yang cepat. Pembelian emas untuk menjadi dealer ini boleh dilakukan secara online, bantuan dealer ataupun membeli emas di cawangan Public Gold berdekatan.

CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD BELI ONLINE SENDIRI

Cara mudah menjadi dealer Public Gold dengan Daftar dan Beli emas secara online pada website Public Gold.

i. Klik DISINI DAFTAR PERCUMA




Tuliskan maklumat diri dengan betul seperti nama penuh, ic, emel, no telefon dan cawangan terdekat. Klik dalam kotak kecil untuk subcribe to newsletter dan klik SUBMIT.


ii. Beli emas untuk menjadi normal dealer atau menjadi Priority Dealer Public Gold. Boleh membeli apa-apa sahaja jenis emas Public Gold sama ada gold bar, Emas Dinar, BungaMas.





iii. Setelah membuat belian emas untuk menjadi dealer, perlu membuat bayaran dalam tempoh TIGA hari dari tempoh belian. Bayaran boleh dilakukan secara online banking.

Tahniah, setelah beli emas online untuk menjadi dealer atau pengedar emas public gold, Sila whatsapp saya 01135646869, Zuraidi bin Osman,  Dealer Public Gold, Kod PG introducer PG00213365 untuk panduan dan bimbingan seterusnya.


Thursday, 2 January 2025

BELI EMAS MEMBAZIR DUIT

 


Ramai fikir emas tu membazir.

Kawan, emas adalah aset. Ia sebaik hartanah.

Ramai orang lebih suka beli hartanah berbanding emas. Mereka berpendapat hartanah adalah aset dan sebagai harta, apabila terdesak boleh pajak, dijual dan boleh pula diwariskan untuk anak-anak.

Namun harga hartanah kini telah melonjak hingga ramai dikalangan kita hanya mampu tengok sahaja.

Berbeza dengan emas. Berbanding hartanah, kita boleh beli emas sedikit demi sedikit. Kita tidak perlu beli sekilo terus.

Sebagaimana hartanah, emas simpanan kita ini boleh dipajak atau dijual di saat kita terdesak, dan boleh juga diwariskan kepada anak-anak. Buat masa ini tiada cukai dikenakan oleh Kerajaan untuk pemilikan emas berbanding hartanah yang perlu dibayar cukai.
.
Emas tidak perlu diisytiharkan. Tiada siapa tahu berapakah simpanan emas kita. Tidak perlu masuk dalam borang perisytiharan cukai.

Emas juga boleh dibeli secara tunai. Ikut kemampuan kita. Di Public Gold misalnya, kita boleh simpan emas dalam GAP dari serendah RM100 sahaja.

Jika suka emas fizikal, kita juga ada emas dari serendah 0.5g  dengan pelbagai design menarik.

Namun begitu emas jika telah cukup haul dan nisabnya - WAJIB Zakat apabila berat emas ada 85g dan ke atas!

Walau bagaimanapun jika kita simpan duit tunai dalam akaun bank tetap perlu juga bayar zakat bila cukup syarat Wajib Zakat. JADI APA BEZA SIMPAN EMAS DENGAN SIMPAN DUIT? Kenapa takut nak simpan emas?

Berbanding wang kertas,  Emas adalah solusi kepada inflasi. Penat simpan duit, jangka panjang semakin berkurang NILAI simpanan kita. Jadi lebih baik TUKAR simpanan Wang kertas kita tadi menjadi SAFE HEAVEN ASSET iaitu EMAS.

Jangan set dalam minda takut kena bayar zakat. Bila kita wajib dikenakan zakat emas,  maknanye ekonomi kita semakin baik🤓. Bukankah itu bagus?

Soalan seterusnya dekat mana nak beli Emas?

Dimana-mana pun boleh, terpulang pada bajet masing-masing. Ikutlah pada keperluan dan kesesuaian masing-masing.

Public Gold ada semua jenis simpanan emas yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan kita. Tanya sahaja kepada introducer anda.

Jom mulakan sekilo emas kita hari ini.
wasap.my/601135646869/NakSimpanEmas

ZURAIDI BIN OSMAN
Authorised Dealer Public Gold

Saturday, 29 May 2021

KENAPA PERLU JADI DEALER PUBLIC GOLD

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... 


Best ke jadi dealer PG ni?


Mestilah best.


Bayangkan kita beli emas ikut pakej yg ada, hanya tmbh wealth card rm200 yg ada emas 0.5gm pd kad tu, kita layak dpt insentif seumur hidup.


Selepas jadi dealer PG, kita layak:

🔹 Dpt insentif seumur hidup bg setiap belian sndiri

🔹 Dpt insentif belian org bwh kita

🔹 Tiada yuran tahunan

🔹 Tak wajib rekrut orang. Tp kalau nk income sampingan 3-5 angka sebulan, kenalaa aktif luaskan empayar sndiri

🔹 Dealership yg boleh diwarisi

🔹 Dealer PG bukan shj bergelar dealer jualan emas public gold, tp dikenali sbg PGBO (Public Gold Business Owner). Semua platform bisnes PG, kita layak dpt insentif atas belian sndiri atau belian prospek kita. Nama kan je kedai apa - PG Mall, PG Jewel, PG Museum, Aurora Italia, asalkan bisnes tu under Public Gold, automatik jd bisnes kita. Takyah susah2 buka kedai sndiri, gerakkan aje platform yg PG sediakan


Ada byk kelebihan lain, nanti saya share lagi.


Berminat? Tekan link ni 

Hubungi http://www.wasap.my/601135646869/BestnyaSimpanEmas

Thursday, 3 September 2020

CEPAT BERTINDAK SEBELUM WANG HABIS DIBELANJAKAN

📣📣📣 CEPAT BERTINDAK BELI DULU EMAS RM100 PROGRAM GAP atau 1G terus jadi ahli public gold sebagai platform tapak pelaburan SEBELUM WANG HABIS DIBELANJAKAN...kerana tabiat manusia,wang untuk dibelanjakan dan emas untuk disimpan... Transfer/bank wang dan hantar gambar resit bank in berserta maklumat peribadi untuk saya proses beli emas GAP, lepas itu akan dapat emel sales order dari public gold yg disertakan kod pg ahli dan password, apabila dapat kod pg ahli dan password baru boleh login ke website public gold untuk lock harga jual beli emas, tambah beli emas gap, lihat penyata gap dan sebagainya... BILA DAH JADI AHLI BOLEH JANA PENDAPATAN (DROPSHIP) PRODUK PUBLIC GOLD SEPERTI PG MALL, PG JEWEL (emas perhiasan 916), AURORA ITALIA ATAU UPGRADE JADI DEALER DENGAN PROMOSI BELI EMAS 30 gram UNTUK BERNIAGA EMAS.... nanti saya beri panduan selanjutnya selepas jadi ahli Public Gold..

Jika ada sebarang persoalan sila whatsapp 01135646869 (Zuraidi)







10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas 🪙✨

  Kalau baru nak mula simpan emas, jangan terlalu fokus pada harga hari ini. Yang lebih penting ialah berapa gram yang berjaya kita kumpulka...