Showing posts with label mula. Show all posts
Showing posts with label mula. Show all posts

Tuesday, 23 June 2026

Duit Makin Lama Makin Susut, Tapi Emas Makin Bernilai!

Sedar atau tidak, nilai mata wang kita semakin hari semakin mengecil disebabkan inflasi. Kalau dulu RM100 penuh satu troli barang dapur, sekarang mungkin dapat beberapa barang sahaja.

​Sebab itu kita perlu faham konsep penting ini: "Yang kita simpan tu EMAS, bukan nilai duit."

​Kenapa Anda Wajib Tukar Sikit Wang Tunai Kepada Emas?




​Berdasarkan perkongsian dalam imej ini, 3 sebab utama kenapa emas adalah Backup Saving terbaik untuk masa depan anda:

  • Pelindung Nilai Wang: Emas mengekalkan kuasa beli anda dalam jangka masa panjang.
  • Aset Mudah Alih: Mudah disimpan, dibawa, dan dicairkan (ditukar kepada tunai) bila-bila masa memerlukan.
  • Dana Masa Depan: Sangat sesuai untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang seperti dana pendidikan anak-anak, deposit rumah, atau dana persaraan.

​"Tapi... Mampu Ke Saya Nak Simpan Emas?"

​Jangan risau! Ramai orang fikir simpan emas ni kena tunggu ada duit beribu-ribu. Hakikatnya, dengan Budget RM100 sahaja, anda dah boleh mula simpan emas secara konsisten.


Langkah kecil hari ini akan memberikan impak yang sangat besar untuk kewangan anda pada masa hadapan. Seperti yang digambarkan dalam imej ini, sesiapa yang tidak mengambil peluang membina simpanan bersama Public Gold sebenarnya sangat rugi. Dari zero saving (tiada simpanan langsung), anda akan rasa betapa mudahnya mengumpul aset dan melihat simpanan semakin berkembang apabila bertukar kepada emas.

​Nak mula pastinya perlu guide dari orang yang sudah laluinya. Anda boleh klik button dibawah untuk kami guideπŸ‘‡

​πŸ‘‰ https://wa.link/fody13

Friday, 29 May 2026

6 Kelebihan Simpan Emas Yang Ramai Orang Dah Mula Sedar



 Zaman sekarang, ramai orang mula cari cara untuk simpan duit dengan lebih selamat. Kos hidup makin naik, nilai duit makin susut. Sebab tu emas kembali jadi pilihan ramai.

Bukan sekadar barang kemas, emas sebenarnya satu bentuk simpanan yang dah digunakan sejak beribu tahun dulu.

Jom tengok 6 kelebihan simpan emas yang ramai orang mungkin belum sedar.

1. Nilai Emas Lebih Stabil

Kalau dibandingkan dengan duit kertas, nilai emas lebih stabil dalam jangka masa panjang.

Harga barang makin naik setiap tahun, tapi emas biasanya ikut naik juga. Sebab tu orang kata emas boleh lindungi nilai kekayaan kita.

Dulu RM100 boleh beli banyak barang. Sekarang? Tak sampai troli penuh.

Tapi emas masih ada nilainya.


2. Mudah Dicairkan Bila Perlu

Emas sangat mudah dijual bila perlukan duit kecemasan.

Nak pajak boleh. Nak jual terus pun boleh.

Sebab tu ramai anggap emas sebagai “simpanan kecemasan” yang lebih selamat berbanding simpan duit tanpa tujuan.


3. Bantu Disiplin Menyimpan

Bila simpan duit dalam bank, kadang-kadang mudah sangat terguna.

Tapi bila tukar duit kepada emas, kita jadi lebih susah nak belanja sesuka hati.

Secara tak langsung, emas bantu kita jadi lebih disiplin dalam kewangan.


4. Sesuai Untuk Simpanan Jangka Panjang

Ramai ibu ayah sekarang mula simpan emas untuk:

  • Dana pendidikan anak
  • Simpanan haji & umrah
  • Dana persaraan
  • Simpanan kecemasan keluarga

Sebab emas biasanya menunjukkan peningkatan nilai dalam tempoh panjang.


5. Aset Yang Diiktiraf Seluruh Dunia

Tak kira di mana kita berada, emas tetap bernilai.

Ia diterima di seluruh dunia dan dianggap aset yang kukuh sejak dulu lagi.

Sebab tu bank pusat negara-negara besar pun simpan emas sebagai rizab.


6. Modal Kecil Pun Boleh Mula

Ramai ingat simpan emas perlukan modal besar.

Sebenarnya tidak.

Sekarang dah boleh mula simpan emas dengan bajet kecil secara konsisten. Yang penting mula dulu.

Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi banyak.


Penutup

Simpan emas bukan untuk cepat kaya.

Tetapi untuk lindungi nilai simpanan dan bina kewangan yang lebih stabil untuk masa depan.

Kalau anda nak mula simpan emas dengan cara yang mudah dan selamat, boleh daftar secara percuma melalui link di bawah πŸ‘‡

https://wa.link/fody13

Mulakan simpanan kecil hari ini untuk masa depan yang lebih tenang ✨

Thursday, 18 March 2021

APA ITU GAP?


GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.




PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.
Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.
Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.
Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession).
Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.



APA KEISTIMEWAAN GAP?
Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :
1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.
2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?
1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.
2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.
3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.
4. Gram emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.
5. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?
Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :
1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.
2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.
3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.
4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?
1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.
2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my
Nota : Idea asal adalah dari Ustaz Khairul Anuar Basri

Cara mudah simpan Emas,

Zuraidi bin Osman
Dealer Public Gold



10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas πŸͺ™✨

  Kalau baru nak mula simpan emas, jangan terlalu fokus pada harga hari ini. Yang lebih penting ialah berapa gram yang berjaya kita kumpulka...