Showing posts with label tak. Show all posts
Showing posts with label tak. Show all posts

Friday, 3 July 2026

Jom Mulakan Simpanan Emas Dengan Akaun GAP Public Gold ✨

 


Kini simpan dan urus pelaburan emas jadi lebih mudah hanya dihujung jari melalui Akaun Emas GAP Public Gold. Dengan sistem yang mesra pengguna, anda boleh membeli, menyimpan, menjual semula (buyback), membuat pindahan emas dan urusan Ar-Rahnu secara online bila-bila masa.

Tak perlu tunggu modal besar untuk mula menyimpan emas. Dengan Akaun GAP, anda boleh mula serendah kemampuan dan kumpul gram demi gram secara konsisten untuk masa depan yang lebih stabil.

✅ Mudah & fleksibel

✅ Selamat & dipercayai

✅ Patuh syariah

✅ Sesuai untuk simpanan jangka panjang

✅ Boleh diurus terus melalui telefon pintar

Emas bukan sekadar barang kemas, tetapi aset lindung nilai yang membantu menjaga nilai wang anda dari semasa ke semasa.

Nak mula buka Akaun GAP Public Gold secara percuma?

Klik link dibawah dan kami bantu guide step by step 👇

Tuesday, 16 June 2026

Tips Menabung Guna Gaji Bulanan: Formula Mudah Yang Ramai Tak Tahu


Ramai orang rasa susah nak menabung sebab tunggu "duit lebih" baru nak simpan. Hakikatnya, duit lebih jarang datang kalau kita tak asingkan simpanan dari awal. Kuncinya ialah bayar diri sendiri dahulu, bukan tunggu hujung bulan.

Berdasarkan formula dalam gambar ini, anda boleh membahagikan gaji RM4,000 seperti berikut:

🏦 Bank A (20%) 
– Simpanan & Pelaburan (RM800)
Bahagian ini adalah untuk masa depan anda.
✅ Tabung Haji (5% = RM200)
Simpanan untuk ibadah haji dan kecemasan.
Memberi disiplin untuk menyimpan secara konsisten.
✅ ASB (5% = RM200)
Membantu membina aset melalui dividen tahunan.
Sesuai untuk matlamat jangka sederhana dan panjang.
✅ Emas Public Gold (10% = RM400)
Emas membantu melindungi nilai wang daripada inflasi.
Simpan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Ingat: Simpanan bukan baki duit selepas berbelanja. Simpanan ialah keutamaan.

🏠 Bank B (60%) 
– Keperluan (RM2,400)
Gunakan untuk komitmen dan keperluan asas seperti:
🏡 Rumah / sewa rumah
🚗 Ansuran kereta
💡 Bil utiliti (elektrik, air, internet)
❤️ Nafkah keluarga
👨‍👩‍👧‍👦 Bantuan kepada ibu bapa
🛒 Belanja dapur
Bahagian ini membantu memastikan kehidupan harian berjalan dengan teratur tanpa membebankan kewangan.

🎁 Bank C (10%) 
– Kemahuan (RM400)
Duit untuk menikmati hasil usaha sendiri.
🎉 Self-reward
🎨 Hobi
✈️ Travel / bercuti
Anda masih boleh menikmati hidup, tetapi dengan had yang terkawal supaya tidak mengganggu simpanan dan keperluan utama.

🚑 Bank D (10%) 
– Dana Kecemasan (RM400)
Dana ini sangat penting untuk perkara yang tidak dijangka seperti:
❤️ Kos rawatan atau sakit
🔧 Kenderaan rosak
📌 Kecemasan keluarga
Sasaran terbaik ialah mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan. Pakar kewangan turut menekankan kepentingan dana kecemasan sebagai perlindungan kewangan ketika berlaku perkara di luar jangkaan.

Kesimpulan

Mengurus gaji dengan bijak bukan bermaksud kita perlu hidup terlalu berjimat sehingga menyusahkan diri. Sebaliknya, ia tentang memberi setiap ringgit "tugas"yang jelas iaitu untuk keperluan, simpanan, kecemasan dan sedikit ganjaran untuk diri sendiri.

Mulakan dengan jumlah yang kecil tetapi konsisten. Ingat, perjalanan membina kestabilan kewangan bermula dengan satu langkah kecil hari ini.

Berminat untuk mula simpan emas tetapi tak tahu caranya? Saya boleh bantu anda membuka akaun emas Public Gold secara PERCUMA. Klik pautan di bawah untuk mendapatkan panduan lanjut:

 Simpan sedikit, simpan konsisten, insya Allah masa depan lebih terjamin.


10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas 🪙✨

  Kalau baru nak mula simpan emas, jangan terlalu fokus pada harga hari ini. Yang lebih penting ialah berapa gram yang berjaya kita kumpulka...