Showing posts with label dengan. Show all posts
Showing posts with label dengan. Show all posts

Monday, 29 June 2026

Panduan Untuk Pemula Simpan Emas Public Gold

 


Ramai orang ingat simpan emas perlukan modal besar. Sebenarnya, gambar ini menerangkan bahawa sesiapa pun boleh mula menyimpan emas secara mudah dan konsisten walaupun dengan bajet kecil.

Langkah pertama ialah daftar secara percuma sebagai ahli Public Gold melalui GAP iaitu Gold Accumulation Program. GAP ni ibarat akaun simpanan emas digital yang memudahkan kita beli dan kumpul emas sedikit demi sedikit tanpa perlu terus beli jongkong besar.

Untuk permulaan, pembelian minimum hanyalah sekitar RM100 atau 1 gram mengikut kemampuan masing-masing. Ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar disiplin menyimpan dan lindungi nilai wang daripada inflasi. Daripada duit habis tanpa sedar, sebahagian boleh ditukar kepada simpanan emas yang mempunyai nilai jangka panjang.

Selain itu, gambar ini juga galakkan pengguna buat simpanan secara konsisten selama 12 bulan menggunakan kaedah auto debit. Maksudnya, setiap bulan sejumlah wang akan ditolak secara automatik untuk beli emas. Cara ni membantu kita lebih berdisiplin tanpa perlu fikir banyak setiap bulan.

Kelebihan lain yang ditunjukkan ialah:

  • Patuh syariah

  • Boleh urus secara online 24/7

  • Emas fizikal boleh ditebus bila cukup gram

Kesimpulannya, simpan emas bukan lagi untuk orang kaya sahaja. Dengan kaedah yang mudah dan fleksibel, sesiapa pun boleh mula bina simpanan emas sebagai persediaan masa depan dan perlindungan kewangan.

Nak mula simpan emas tapi tak tahu macam mana?
Klik link bawah, kami bantu guide 👇
👉 https://wa.link/fody13

Zuraidi Osman
Dealer Public Gold


Friday, 29 May 2026

6 Kelebihan Simpan Emas Yang Ramai Orang Dah Mula Sedar



 Zaman sekarang, ramai orang mula cari cara untuk simpan duit dengan lebih selamat. Kos hidup makin naik, nilai duit makin susut. Sebab tu emas kembali jadi pilihan ramai.

Bukan sekadar barang kemas, emas sebenarnya satu bentuk simpanan yang dah digunakan sejak beribu tahun dulu.

Jom tengok 6 kelebihan simpan emas yang ramai orang mungkin belum sedar.

1. Nilai Emas Lebih Stabil

Kalau dibandingkan dengan duit kertas, nilai emas lebih stabil dalam jangka masa panjang.

Harga barang makin naik setiap tahun, tapi emas biasanya ikut naik juga. Sebab tu orang kata emas boleh lindungi nilai kekayaan kita.

Dulu RM100 boleh beli banyak barang. Sekarang? Tak sampai troli penuh.

Tapi emas masih ada nilainya.


2. Mudah Dicairkan Bila Perlu

Emas sangat mudah dijual bila perlukan duit kecemasan.

Nak pajak boleh. Nak jual terus pun boleh.

Sebab tu ramai anggap emas sebagai “simpanan kecemasan” yang lebih selamat berbanding simpan duit tanpa tujuan.


3. Bantu Disiplin Menyimpan

Bila simpan duit dalam bank, kadang-kadang mudah sangat terguna.

Tapi bila tukar duit kepada emas, kita jadi lebih susah nak belanja sesuka hati.

Secara tak langsung, emas bantu kita jadi lebih disiplin dalam kewangan.


4. Sesuai Untuk Simpanan Jangka Panjang

Ramai ibu ayah sekarang mula simpan emas untuk:

  • Dana pendidikan anak
  • Simpanan haji & umrah
  • Dana persaraan
  • Simpanan kecemasan keluarga

Sebab emas biasanya menunjukkan peningkatan nilai dalam tempoh panjang.


5. Aset Yang Diiktiraf Seluruh Dunia

Tak kira di mana kita berada, emas tetap bernilai.

Ia diterima di seluruh dunia dan dianggap aset yang kukuh sejak dulu lagi.

Sebab tu bank pusat negara-negara besar pun simpan emas sebagai rizab.


6. Modal Kecil Pun Boleh Mula

Ramai ingat simpan emas perlukan modal besar.

Sebenarnya tidak.

Sekarang dah boleh mula simpan emas dengan bajet kecil secara konsisten. Yang penting mula dulu.

Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi banyak.


Penutup

Simpan emas bukan untuk cepat kaya.

Tetapi untuk lindungi nilai simpanan dan bina kewangan yang lebih stabil untuk masa depan.

Kalau anda nak mula simpan emas dengan cara yang mudah dan selamat, boleh daftar secara percuma melalui link di bawah 👇

https://wa.link/fody13

Mulakan simpanan kecil hari ini untuk masa depan yang lebih tenang ✨

Wednesday, 18 February 2026

BIJAK PILIH ASET KALIS INFLASI

 Pengurusan kewangan yang bijak bermula dengan pilihan aset yang tepat. Emas adalah instrumen terbaik untuk 'kalis inflasi' dan 'kalis bocor'.

​Buku digital Misi 1 Gram 1 Bulan ini direka khas untuk pemula yang ingin memahami konsep Gold Accumulation Program (GAP) dengan cara yang paling mudah.
​Baca secara digital di sini:


​Jika ada sebarang soalan selepas membaca, boleh terus hubungi saya untuk bimbingan.

Monday, 25 August 2025

‎JOM TUKARKAN WANG RINGGIT KEPADA EMAS

EMAS BUKAN SEKADAR LOGAM. IA ADALAH PERISAI MENGHADAPI KETIDAKTENTUAN, MELINDUNGI MASA DEPAN ANDA DENGAN SETIAP GRAM YANG ANDA SIMPAN 



Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji. Tapi berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji. Ketika ada gaji, buat tabungan, bina harta dan tutup hutang secepat mungkin. la bakal menentukan berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji.

‎Tuan Zulkifli Shafie




‎Masih Takut Nak simpan emas?

Lebih baik takut DUIT yang makin menyusut. ‎JOM tukarkan wang ringgit kepada EMAS.

‎Lindungi dana persaraan anda dengan emas. Menyesal aku tak borong emas waktu duit pencen masih banyak. Sekarang duit pencen aku dah sikit akibat masuk skim cepat kaya. Emas pun dah mahal sekarang. ‎Simpan emas seawal mungkin untuk dijadikan sebagai dana persaraan. Melabur tanpa ilmu sama seperti berjudi. Untung belum tentu rugi sudah pasti.










‎Simpan duit cukup seribu, hilang. Asal capai seribu, lesap. Simpan dinar emas boleh pula kumpul berkeping-keping.

‎Tak caya? Cuba sendiri. Ada emas sayang nak belanja!

‎Satu gram emas yang disimpan hari ini boleh menjadi jawapan kepada seribu masalah kewangan esok. Simpan emas bukan kerana kamu perlukan sekarang, tetapi kerana kamu mungkin akan sangat memerlukannya di masa hadapan. ‎Menyesal seribu kali pun tak guna kalau alasan 'tak ada duit' itu masih dipegang. ‎Hakikatnya, kalau kita tak mula sekarang, sampai hujung nyawa pun emas tu tetap jadi angan-angan. Nak simpan emas, perlu ubah cara berfikir. Mulakan walau sedikit, sebab lambat atau cepat, emas ni sentiasa berharga dan nilainya terus meningkat.





Jom daftar percuma sebagai ahli Public Gold

Jika anda berumur 18 tahun dan ke atas klik link dibawah.

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00213365&is_dealer=1

Untuk daftar anak anda yang berumur 18 tahun ke bawah (Junior), sila klik link dibawah

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&form_type=ja&intro_pgcode=PG00213365&is_dealer=1


Selepas isi borang ni. anda boleh pm saya untuk mula buat simpanan emas


Zuraidi Bin Osman

Dealer Public Gold

01135646869 / 0108010589





Thursday, 18 March 2021

APA ITU GAP?


GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.




PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.
Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.
Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.
Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession).
Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.



APA KEISTIMEWAAN GAP?
Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :
1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.
2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?
1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai "tutup akaun". Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.
2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.
3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.
4. Gram emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.
5. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?
Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :
1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.
2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.
3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.
4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?
1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.
2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my
Nota : Idea asal adalah dari Ustaz Khairul Anuar Basri

Cara mudah simpan Emas,

Zuraidi bin Osman
Dealer Public Gold



10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas 🪙✨

  Kalau baru nak mula simpan emas, jangan terlalu fokus pada harga hari ini. Yang lebih penting ialah berapa gram yang berjaya kita kumpulka...