Showing posts with label ini. Show all posts
Showing posts with label ini. Show all posts

Saturday, 8 August 2026

Menabung Emas: Bila Diperlukan, Emas Boleh Ditukar Menjadi Tunai

Kadang-kadang kita hanya nampak nilai sesuatu simpanan apabila tiba masanya kita benar-benar memerlukannya.

Baru-baru ini, seorang ahli Public Gold yang saya bantu WhatsApp saya.

Dia beritahu yang dia ingin menjual emas yang selama ini disimpan dalam akaun Public Gold.

Saya pun bantu dia untuk membuat pengesahan akaun terlebih dahulu kerana proses tersebut perlu diselesaikan sebelum urusan jualan emas boleh dibuat.

Saya tunjukkan langkah demi langkah.

Alhamdulillah, pagi ini akaunnya telah berjaya disahkan.

Hari ini pula saya bantu tunjukkan cara untuk membuat jualan emas melalui akaun tersebut.

Alhamdulillah, jualan emas berjaya dilakukan. πŸͺ™

Sekarang dia hanya perlu menunggu dalam tempoh 3 hari bekerja untuk wang hasil jualan masuk ke akaun banknya.

Dari kisah ini, saya terfikir…

Ramai orang bila dengar tentang menabung emas, mereka mungkin fikir emas hanya sesuai untuk disimpan dan tidak mudah digunakan.

Sebenarnya, emas boleh menjadi salah satu bentuk simpanan aset.

Kita boleh kumpul sedikit demi sedikit mengikut kemampuan.

RM100, RM200 atau mengikut kemampuan masing-masing.

Tak semestinya perlu bermula dengan jumlah yang besar.

Yang penting ialah konsisten menabung.

Dan apabila sampai satu masa kita memerlukan wang tunai, emas yang telah dikumpulkan boleh dijual semula mengikut keperluan.

Itulah yang berlaku kepada ahli saya tadi.

Dia bukan baru nak cari duit ketika memerlukan.

Dia sudah mempunyai aset yang telah dikumpulkan sebelum itu.

Simpan hari ini, untuk kegunaan kemudian

Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.

Mungkin ada keperluan keluarga.
Mungkin ada kecemasan.
Mungkin ada peluang yang memerlukan wang tunai.

Sebab itu saya melihat menabung emas bukan sekadar tentang harga emas naik atau turun.

Ia tentang membina aset sedikit demi sedikit.

Tak perlu tunggu kaya.

Tak perlu tunggu ada lebihan duit yang banyak.

Mula dengan apa yang kita mampu.

Sedikit hari ini, insya-Allah boleh menjadi sesuatu yang bernilai pada masa akan datang.

Jangan tunggu ada banyak duit baru nak menyimpan.
Menyimpanlah sedikit demi sedikit supaya kita ada aset apabila diperlukan.
πŸͺ™

Nak mula menabung emas?

Kalau nak tahu bagaimana nak mula menabung emas dengan Public Gold, boleh WhatsApp saya. Saya boleh tunjukkan langkah demi langkah.

πŸ‘‰ Daftar percuma dengan klik whatsapp ni  https://wa.link/fody13

Nota: Tempoh kemasukan wang bergantung kepada proses dan terma transaksi semasa.

Monday, 29 June 2026

Panduan Untuk Pemula Simpan Emas Public Gold

 


Ramai orang ingat simpan emas perlukan modal besar. Sebenarnya, gambar ini menerangkan bahawa sesiapa pun boleh mula menyimpan emas secara mudah dan konsisten walaupun dengan bajet kecil.

Langkah pertama ialah daftar secara percuma sebagai ahli Public Gold melalui GAP iaitu Gold Accumulation Program. GAP ni ibarat akaun simpanan emas digital yang memudahkan kita beli dan kumpul emas sedikit demi sedikit tanpa perlu terus beli jongkong besar.

Untuk permulaan, pembelian minimum hanyalah sekitar RM100 atau 1 gram mengikut kemampuan masing-masing. Ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar disiplin menyimpan dan lindungi nilai wang daripada inflasi. Daripada duit habis tanpa sedar, sebahagian boleh ditukar kepada simpanan emas yang mempunyai nilai jangka panjang.

Selain itu, gambar ini juga galakkan pengguna buat simpanan secara konsisten selama 12 bulan menggunakan kaedah auto debit. Maksudnya, setiap bulan sejumlah wang akan ditolak secara automatik untuk beli emas. Cara ni membantu kita lebih berdisiplin tanpa perlu fikir banyak setiap bulan.

Kelebihan lain yang ditunjukkan ialah:

  • Patuh syariah

  • Boleh urus secara online 24/7

  • Emas fizikal boleh ditebus bila cukup gram

Kesimpulannya, simpan emas bukan lagi untuk orang kaya sahaja. Dengan kaedah yang mudah dan fleksibel, sesiapa pun boleh mula bina simpanan emas sebagai persediaan masa depan dan perlindungan kewangan.

Nak mula simpan emas tapi tak tahu macam mana?
Klik link bawah, kami bantu guide πŸ‘‡
πŸ‘‰ https://wa.link/fody13

Zuraidi Osman
Dealer Public Gold


Tuesday, 23 June 2026

Duit Makin Lama Makin Susut, Tapi Emas Makin Bernilai!

Sedar atau tidak, nilai mata wang kita semakin hari semakin mengecil disebabkan inflasi. Kalau dulu RM100 penuh satu troli barang dapur, sekarang mungkin dapat beberapa barang sahaja.

​Sebab itu kita perlu faham konsep penting ini: "Yang kita simpan tu EMAS, bukan nilai duit."

​Kenapa Anda Wajib Tukar Sikit Wang Tunai Kepada Emas?




​Berdasarkan perkongsian dalam imej ini, 3 sebab utama kenapa emas adalah Backup Saving terbaik untuk masa depan anda:

  • Pelindung Nilai Wang: Emas mengekalkan kuasa beli anda dalam jangka masa panjang.
  • Aset Mudah Alih: Mudah disimpan, dibawa, dan dicairkan (ditukar kepada tunai) bila-bila masa memerlukan.
  • Dana Masa Depan: Sangat sesuai untuk dijadikan simpanan jangka masa panjang seperti dana pendidikan anak-anak, deposit rumah, atau dana persaraan.

​"Tapi... Mampu Ke Saya Nak Simpan Emas?"

​Jangan risau! Ramai orang fikir simpan emas ni kena tunggu ada duit beribu-ribu. Hakikatnya, dengan Budget RM100 sahaja, anda dah boleh mula simpan emas secara konsisten.


Langkah kecil hari ini akan memberikan impak yang sangat besar untuk kewangan anda pada masa hadapan. Seperti yang digambarkan dalam imej ini, sesiapa yang tidak mengambil peluang membina simpanan bersama Public Gold sebenarnya sangat rugi. Dari zero saving (tiada simpanan langsung), anda akan rasa betapa mudahnya mengumpul aset dan melihat simpanan semakin berkembang apabila bertukar kepada emas.

​Nak mula pastinya perlu guide dari orang yang sudah laluinya. Anda boleh klik button dibawah untuk kami guideπŸ‘‡

​πŸ‘‰ https://wa.link/fody13

Thursday, 11 June 2026

Simpanan Bertahan Dari Inflasi

 Tahukah anda, jika simpan duit di bank, dividen tahunan yang kita dapat hanyalah sekitar 5% sahaja setiap tahun. Bahkan dividen semakin lama semakin menurun. Sedangkan harga barang keperluan naik lebih 10% setiap tahun!


‎Ini bermaksud, kekayaan kita dirompak setiap tahun tanpa kita sedar (oleh inflasi). Dan itulah sebab kenapa orang sentiasa merungut tentang harga barang semakin mahal.


‎Rungutan itu sebenarnya bukan hanya pada hari ini, tapi sejak zaman ibubapa dan datuk nenek kita lagi! Inflasi itu merompak kekayaan kita dalam diam…


‎Tahukah anda, kenaikan harga emas secara puratanya sekitar 10% setahun berdasarkan sejarah 20 tahun harga emas?


‎Tahukah anda, syiling emas 1 dinar (seberat 4.25 gram) mampu membeli seekor kambing sejak 1,400 tahun yang lalu hingga sekarang?



Ini bermaksud, bila menyimpan emas, anda tak perlu bimbang lagi simpanan anda dirompak oleh inflasi.


‎Adakah perlu duit simpanan ditukarkan kepada emas semuanya?


‎Jawapannya “tidak”.


‎Duit yang nak digunakan dalam jangkamasa terdekat, simpanlah dalam akaun bank (wang kertas). Tapi untuk simpanan jangka panjang (2 tahun dan ke atas), simpanlah dalam bentuk emas.


‎Jika nak gunakan duit, anda tak perlu bimbang. Ada emas maksudnya ada duit.


‎Harga Emas Confirm Naik Jangka Masa Panjang!


‎Orang kata harga emas naik turun, kat mana nak untung?

‎Jawapannya: jika simpanan emas dapat menyelamatkan duit anda, itulah keuntungan utama


‎Harga emas naik itu bonus. Namun jika jangka masa panjang, emas adalah kekayaan sebenar yang confirm untung


‎So Bagaimana Nak MULA?


Nak mula pastinya perlu guide dari orang yang sudah laluinya. Anda boleh klik button dibawah untuk kami guide

πŸ‘‡

‎https://wa.link/fody13⁠

‎Mulakan simpanan kecil hari ini untuk masa depan yang lebih tenang ✨

Thursday, 2 January 2025

BELI EMAS MEMBAZIR DUIT

 


Ramai fikir emas tu membazir.

Kawan, emas adalah aset. Ia sebaik hartanah.

Ramai orang lebih suka beli hartanah berbanding emas. Mereka berpendapat hartanah adalah aset dan sebagai harta, apabila terdesak boleh pajak, dijual dan boleh pula diwariskan untuk anak-anak.

Namun harga hartanah kini telah melonjak hingga ramai dikalangan kita hanya mampu tengok sahaja.

Berbeza dengan emas. Berbanding hartanah, kita boleh beli emas sedikit demi sedikit. Kita tidak perlu beli sekilo terus.

Sebagaimana hartanah, emas simpanan kita ini boleh dipajak atau dijual di saat kita terdesak, dan boleh juga diwariskan kepada anak-anak. Buat masa ini tiada cukai dikenakan oleh Kerajaan untuk pemilikan emas berbanding hartanah yang perlu dibayar cukai.
.
Emas tidak perlu diisytiharkan. Tiada siapa tahu berapakah simpanan emas kita. Tidak perlu masuk dalam borang perisytiharan cukai.

Emas juga boleh dibeli secara tunai. Ikut kemampuan kita. Di Public Gold misalnya, kita boleh simpan emas dalam GAP dari serendah RM100 sahaja.

Jika suka emas fizikal, kita juga ada emas dari serendah 0.5g  dengan pelbagai design menarik.

Namun begitu emas jika telah cukup haul dan nisabnya - WAJIB Zakat apabila berat emas ada 85g dan ke atas!

Walau bagaimanapun jika kita simpan duit tunai dalam akaun bank tetap perlu juga bayar zakat bila cukup syarat Wajib Zakat. JADI APA BEZA SIMPAN EMAS DENGAN SIMPAN DUIT? Kenapa takut nak simpan emas?

Berbanding wang kertas,  Emas adalah solusi kepada inflasi. Penat simpan duit, jangka panjang semakin berkurang NILAI simpanan kita. Jadi lebih baik TUKAR simpanan Wang kertas kita tadi menjadi SAFE HEAVEN ASSET iaitu EMAS.

Jangan set dalam minda takut kena bayar zakat. Bila kita wajib dikenakan zakat emas,  maknanye ekonomi kita semakin baikπŸ€“. Bukankah itu bagus?

Soalan seterusnya dekat mana nak beli Emas?

Dimana-mana pun boleh, terpulang pada bajet masing-masing. Ikutlah pada keperluan dan kesesuaian masing-masing.

Public Gold ada semua jenis simpanan emas yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan kita. Tanya sahaja kepada introducer anda.

Jom mulakan sekilo emas kita hari ini.
wasap.my/601135646869/NakSimpanEmas

ZURAIDI BIN OSMAN
Authorised Dealer Public Gold

Friday, 27 December 2024

Penyelesaian Kos Haji

 





Kos Haji meningkat, itu semua orang tahu. Tetapi apa kaitannya dengan emas?

Saya bagi anekdot ringkas untuk memahami situasi ini.

Miqdad adalah golongan B40 yang simpan wang semata sebagai dana Haji beliau.

Beliau menetapkan RM11000 sebagai target dan berjaya mengumpul jumlah tersebut pada tahun 2023.

Tahun 2025 = *RM12,374*

Ini simpanan beliau setelah 3 tahun selepas mengambil kira dividen lebih kurang 4% setahun yang diperolehi daripada simpananya.

Sedar atau tidak, jumlah itu masih jauh untuk mengejar kenaikan kos Haji sebenar bagi tahun 2025.

Akhirnya Miqdad perlu mencari wang tambahan untuk menutup peratusan kenaikan tersebut.

Namun, jika Miqdad menukarkan dana tersebut dalam bentuk EMAS yang lebih kalis inflasi, ini yang berlaku

*40 gram emas*
Tahun 2023 = RM11,360
Tahun 2025 = RM16,400

Miqdad bukan sahaja mampu mengumpulkan dana yang cukup, malah dapat lebih daripada yang dirancangkan.

Fikir-fikirkan πŸ™‚.

Jika anda masih belum ada simpanan emas, mungkin ini lah masa yang sesuai

Nak tahu..
klik link WS
https://www.wasap.my/601135646869/Nak+simpan+emas

Zuraidi Bin Osman
Authorised Dealer Public Gold

10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas πŸͺ™✨

  Kalau baru nak mula simpan emas, jangan terlalu fokus pada harga hari ini. Yang lebih penting ialah berapa gram yang berjaya kita kumpulka...