Showing posts with label simpan. Show all posts
Showing posts with label simpan. Show all posts

Friday, 3 July 2026

Jom Mulakan Simpanan Emas Dengan Akaun GAP Public Gold ✨

 


Kini simpan dan urus pelaburan emas jadi lebih mudah hanya dihujung jari melalui Akaun Emas GAP Public Gold. Dengan sistem yang mesra pengguna, anda boleh membeli, menyimpan, menjual semula (buyback), membuat pindahan emas dan urusan Ar-Rahnu secara online bila-bila masa.

Tak perlu tunggu modal besar untuk mula menyimpan emas. Dengan Akaun GAP, anda boleh mula serendah kemampuan dan kumpul gram demi gram secara konsisten untuk masa depan yang lebih stabil.

✅ Mudah & fleksibel

✅ Selamat & dipercayai

✅ Patuh syariah

✅ Sesuai untuk simpanan jangka panjang

✅ Boleh diurus terus melalui telefon pintar

Emas bukan sekadar barang kemas, tetapi aset lindung nilai yang membantu menjaga nilai wang anda dari semasa ke semasa.

Nak mula buka Akaun GAP Public Gold secara percuma?

Klik link dibawah dan kami bantu guide step by step 👇

Monday, 29 June 2026

Panduan Untuk Pemula Simpan Emas Public Gold

 


Ramai orang ingat simpan emas perlukan modal besar. Sebenarnya, gambar ini menerangkan bahawa sesiapa pun boleh mula menyimpan emas secara mudah dan konsisten walaupun dengan bajet kecil.

Langkah pertama ialah daftar secara percuma sebagai ahli Public Gold melalui GAP iaitu Gold Accumulation Program. GAP ni ibarat akaun simpanan emas digital yang memudahkan kita beli dan kumpul emas sedikit demi sedikit tanpa perlu terus beli jongkong besar.

Untuk permulaan, pembelian minimum hanyalah sekitar RM100 atau 1 gram mengikut kemampuan masing-masing. Ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar disiplin menyimpan dan lindungi nilai wang daripada inflasi. Daripada duit habis tanpa sedar, sebahagian boleh ditukar kepada simpanan emas yang mempunyai nilai jangka panjang.

Selain itu, gambar ini juga galakkan pengguna buat simpanan secara konsisten selama 12 bulan menggunakan kaedah auto debit. Maksudnya, setiap bulan sejumlah wang akan ditolak secara automatik untuk beli emas. Cara ni membantu kita lebih berdisiplin tanpa perlu fikir banyak setiap bulan.

Kelebihan lain yang ditunjukkan ialah:

  • Patuh syariah

  • Boleh urus secara online 24/7

  • Emas fizikal boleh ditebus bila cukup gram

Kesimpulannya, simpan emas bukan lagi untuk orang kaya sahaja. Dengan kaedah yang mudah dan fleksibel, sesiapa pun boleh mula bina simpanan emas sebagai persediaan masa depan dan perlindungan kewangan.

Nak mula simpan emas tapi tak tahu macam mana?
Klik link bawah, kami bantu guide 👇
👉 https://wa.link/fody13

Zuraidi Osman
Dealer Public Gold


Tuesday, 16 June 2026

Tips Menabung Guna Gaji Bulanan: Formula Mudah Yang Ramai Tak Tahu


Ramai orang rasa susah nak menabung sebab tunggu "duit lebih" baru nak simpan. Hakikatnya, duit lebih jarang datang kalau kita tak asingkan simpanan dari awal. Kuncinya ialah bayar diri sendiri dahulu, bukan tunggu hujung bulan.

Berdasarkan formula dalam gambar ini, anda boleh membahagikan gaji RM4,000 seperti berikut:

🏦 Bank A (20%) 
– Simpanan & Pelaburan (RM800)
Bahagian ini adalah untuk masa depan anda.
✅ Tabung Haji (5% = RM200)
Simpanan untuk ibadah haji dan kecemasan.
Memberi disiplin untuk menyimpan secara konsisten.
✅ ASB (5% = RM200)
Membantu membina aset melalui dividen tahunan.
Sesuai untuk matlamat jangka sederhana dan panjang.
✅ Emas Public Gold (10% = RM400)
Emas membantu melindungi nilai wang daripada inflasi.
Simpan sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi bukit.
Ingat: Simpanan bukan baki duit selepas berbelanja. Simpanan ialah keutamaan.

🏠 Bank B (60%) 
– Keperluan (RM2,400)
Gunakan untuk komitmen dan keperluan asas seperti:
🏡 Rumah / sewa rumah
🚗 Ansuran kereta
💡 Bil utiliti (elektrik, air, internet)
❤️ Nafkah keluarga
👨‍👩‍👧‍👦 Bantuan kepada ibu bapa
🛒 Belanja dapur
Bahagian ini membantu memastikan kehidupan harian berjalan dengan teratur tanpa membebankan kewangan.

🎁 Bank C (10%) 
– Kemahuan (RM400)
Duit untuk menikmati hasil usaha sendiri.
🎉 Self-reward
🎨 Hobi
✈️ Travel / bercuti
Anda masih boleh menikmati hidup, tetapi dengan had yang terkawal supaya tidak mengganggu simpanan dan keperluan utama.

🚑 Bank D (10%) 
– Dana Kecemasan (RM400)
Dana ini sangat penting untuk perkara yang tidak dijangka seperti:
❤️ Kos rawatan atau sakit
🔧 Kenderaan rosak
📌 Kecemasan keluarga
Sasaran terbaik ialah mempunyai dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan perbelanjaan bulanan. Pakar kewangan turut menekankan kepentingan dana kecemasan sebagai perlindungan kewangan ketika berlaku perkara di luar jangkaan.

Kesimpulan

Mengurus gaji dengan bijak bukan bermaksud kita perlu hidup terlalu berjimat sehingga menyusahkan diri. Sebaliknya, ia tentang memberi setiap ringgit "tugas"yang jelas iaitu untuk keperluan, simpanan, kecemasan dan sedikit ganjaran untuk diri sendiri.

Mulakan dengan jumlah yang kecil tetapi konsisten. Ingat, perjalanan membina kestabilan kewangan bermula dengan satu langkah kecil hari ini.

Berminat untuk mula simpan emas tetapi tak tahu caranya? Saya boleh bantu anda membuka akaun emas Public Gold secara PERCUMA. Klik pautan di bawah untuk mendapatkan panduan lanjut:

 Simpan sedikit, simpan konsisten, insya Allah masa depan lebih terjamin.


Monday, 27 April 2026

JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA !"

 


"JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA !"

Nanti di ambil orang ! Lagu Sweet Charity.


Pasangan kekasih jangan tunggu lama-lama, bagi penyimpan emas juga jangan tunggu lama-lama nanti duit habis...


Ramai tunggu:

👉 Harga turun dulu

👉 Ekonomi stabil dulu

👉 Masa “sesuai” dulu

Masalahnya… masa itu TAKKAN pernah datang.


🚀 3 SEBAB ANDA PERLU TERUS BELI EMAS & PERAK


🛡️ 1️⃣ KRISIS TAK PERNAH BERI AMARAN

Covid, inflasi, krisis ekonomi…

👉 Semua datang tiba-tiba


Orang yang sudah simpan emas:

✔ Tenang

✔ Ada backup


Orang yang tunggu:

❌ Panik

❌ Terpaksa jual aset lain


Emas = perlindungan sebelum krisis, bukan semasa krisis


📈 2️⃣ MASA LEBIH PENTING DARIPADA TIMING

Ramai tunggu “harga terbaik”…

👉 Tapi akhirnya tak beli langsung


Realitinya:

✔ Beli konsisten = bina kekayaan


❌ Tunggu perfect timing = terlepas peluang

Orang kaya tak tunggu… mereka kumpul.


🔄 3️⃣ DISIPLIN MENGALAHKAN KEADAAN

Pasaran naik turun = normal

👉 Yang berjaya bukan yang bijak timing

👉 Tapi yang konsisten membeli

Sedikit demi sedikit… lama-lama jadi gunung


🔥 KESIMPULAN VIRAL

Anda tak perlu keadaan sempurna untuk mula…

Anda cuma perlu mula.


❓ SOALAN JUJUR

Anda nak jadi:

👉 Orang yang tunggu & menyesal?

ATAU

👉 Orang yang kumpul & bersedia?


🚀 CALL TO ACTION

Mulakan hari ini.

Beli sedikit, tapi konsisten.

Itulah cara kekayaan sebenar dibina.


Jika anda masih belum ada simpanan emas, mungkin ini lah masa yang sesuai

‎Nak tahu..
‎klik link WS
https://www.wasap.my/601135646869/Nak+simpan+emas

‎Zuraidi Bin Osman
‎Authorised Dealer Public Gold


Monday, 25 August 2025

‎JOM TUKARKAN WANG RINGGIT KEPADA EMAS

EMAS BUKAN SEKADAR LOGAM. IA ADALAH PERISAI MENGHADAPI KETIDAKTENTUAN, MELINDUNGI MASA DEPAN ANDA DENGAN SETIAP GRAM YANG ANDA SIMPAN 



Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji. Tapi berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji. Ketika ada gaji, buat tabungan, bina harta dan tutup hutang secepat mungkin. la bakal menentukan berapa lama kita mampu bertahan ketika tiada lagi gaji.

‎Tuan Zulkifli Shafie




‎Masih Takut Nak simpan emas?

Lebih baik takut DUIT yang makin menyusut. ‎JOM tukarkan wang ringgit kepada EMAS.

‎Lindungi dana persaraan anda dengan emas. Menyesal aku tak borong emas waktu duit pencen masih banyak. Sekarang duit pencen aku dah sikit akibat masuk skim cepat kaya. Emas pun dah mahal sekarang. ‎Simpan emas seawal mungkin untuk dijadikan sebagai dana persaraan. Melabur tanpa ilmu sama seperti berjudi. Untung belum tentu rugi sudah pasti.










‎Simpan duit cukup seribu, hilang. Asal capai seribu, lesap. Simpan dinar emas boleh pula kumpul berkeping-keping.

‎Tak caya? Cuba sendiri. Ada emas sayang nak belanja!

‎Satu gram emas yang disimpan hari ini boleh menjadi jawapan kepada seribu masalah kewangan esok. Simpan emas bukan kerana kamu perlukan sekarang, tetapi kerana kamu mungkin akan sangat memerlukannya di masa hadapan. ‎Menyesal seribu kali pun tak guna kalau alasan 'tak ada duit' itu masih dipegang. ‎Hakikatnya, kalau kita tak mula sekarang, sampai hujung nyawa pun emas tu tetap jadi angan-angan. Nak simpan emas, perlu ubah cara berfikir. Mulakan walau sedikit, sebab lambat atau cepat, emas ni sentiasa berharga dan nilainya terus meningkat.





Jom daftar percuma sebagai ahli Public Gold

Jika anda berumur 18 tahun dan ke atas klik link dibawah.

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG00213365&is_dealer=1

Untuk daftar anak anda yang berumur 18 tahun ke bawah (Junior), sila klik link dibawah

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&form_type=ja&intro_pgcode=PG00213365&is_dealer=1


Selepas isi borang ni. anda boleh pm saya untuk mula buat simpanan emas


Zuraidi Bin Osman

Dealer Public Gold

01135646869 / 0108010589





Friday, 27 December 2024

Penyelesaian Kos Haji

 





Kos Haji meningkat, itu semua orang tahu. Tetapi apa kaitannya dengan emas?

Saya bagi anekdot ringkas untuk memahami situasi ini.

Miqdad adalah golongan B40 yang simpan wang semata sebagai dana Haji beliau.

Beliau menetapkan RM11000 sebagai target dan berjaya mengumpul jumlah tersebut pada tahun 2023.

Tahun 2025 = *RM12,374*

Ini simpanan beliau setelah 3 tahun selepas mengambil kira dividen lebih kurang 4% setahun yang diperolehi daripada simpananya.

Sedar atau tidak, jumlah itu masih jauh untuk mengejar kenaikan kos Haji sebenar bagi tahun 2025.

Akhirnya Miqdad perlu mencari wang tambahan untuk menutup peratusan kenaikan tersebut.

Namun, jika Miqdad menukarkan dana tersebut dalam bentuk EMAS yang lebih kalis inflasi, ini yang berlaku

*40 gram emas*
Tahun 2023 = RM11,360
Tahun 2025 = RM16,400

Miqdad bukan sahaja mampu mengumpulkan dana yang cukup, malah dapat lebih daripada yang dirancangkan.

Fikir-fikirkan 🙂.

Jika anda masih belum ada simpanan emas, mungkin ini lah masa yang sesuai

Nak tahu..
klik link WS
https://www.wasap.my/601135646869/Nak+simpan+emas

Zuraidi Bin Osman
Authorised Dealer Public Gold

Saturday, 22 October 2022

KELEBIHAN EMAS GAP PUBLIC GOLD

 Kelebihan Emas GAP Public Gold iaitu program kumpul emas pelaburan modal kecil yang murah, mudah, patuh syariah dan pertama di Malaysia.


Program GAP (Gold Accumulation Program) Public gold adalah program menabung emas fizikal pertama di Asia yang memudahkan penyimpan emas mengumpul emas dengan modal rendah iaitu minimun RM100 iaitu membeli emas berketulenan 999.9 atau 24K khas untuk pelaburan secara sedikit demi sedikit dan emas yang terkumpul dalam akaun GAP Public Gold boleh keluarkan pelbagai gold bar atau emas dinar.

Secara asasnya program gap adalah seperti akaun Emas bank seperti akaun emas Passbook Maybank atau Gold Investment Account (GIA) Public Bank. Perbezaanya, program kumpul emas GAP Public Gold membolehkan mengumpul emas sedikit demi sedikit dalam akaun GAP dan boleh mengeluarkan pelbagai jenis emas pelaburan fizikal seperti gold bar atau emas dinar 999.9 atau 24 Karat bila-bila masa di cawangan Public Gold berdekatan atau diposkan kerumah.

Disamping itu emas yang terkumpul dalam akaun gap boleh dijual secara online, boleh dipajak secara online, boleh dipindah iaitu transfer ke PG Mall untuk membeli pelbagai barangan dan emas perhiasan 916 dan sebagainya. Penyimpanan emas dalam akaun GAP adalah percuma dan tiada tarikh luput iaitu penyimpan emas boleh menambah belian emas GAP bila-bila masa dan dimana sahaja secara online.

KELEBIHAN EMAS GAP PUBLIC GOLD :

Kelebihan, kebaikkan, manfaat atau faedah membeli emas dan menabung dalam program GAP Public Gold antaranya :

1.PEMBELIAN EMAS MODAL RENDAH

Program GAP hanya perlukan modal minima RM100 atau beli emas 1g berketulenan 999.9 ( 24 karat ) iaitu dengan harga termurah kerana membeli emas pelaburan bebas gst yang telus mengikut harga emas semasa dunia. Klik www.publicgold.com.my bagi melihat harga emas 1g 24 karat GAP public Gold yang dikemaskini sekali sehari pada jam 12:00 malam atau bandingkan dengan harga emas jenama lain.

 

2.HARGA EMAS PALING MURAH

Harga emas GAP Public Gold adalah harga emas 999.9 paling murah kerana harga emas berbentuk akaun emas namun boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa dan dimana-mana sahaja kerana Public Gold adalah SATU-SATUNYA syarikat pengeluar jongkong emas terbesar malaysia sejak 2008 yang kini mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, Singapore dan Indonesia. Harga emas GAP lebih murah kerana berbentuk akaun emas berbanding belian runcit, retail price gold bar kecil seperti gold bar 1g.

Contohnya, harga emas GAP pada 7 Januari 2021 adalah RM272 sahaja berbanding harga beian runcit gold bar 1g lbma 24 karat yang berharga RM350.

3.MUDAH BELI EMAS GAP SECARA ONLINE SELAMAT

Kelebihan Akaun Emas GAP Public Gold adalah kemudahan membeli dan menambah belian emas secara online dengan harag telus mengikut harga emas semasa yang mudah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dimana sahaja tanpa perlukan kos pengangkutan minyak membeli emas dan menjimatkan masa.

Penambahan emas akaun GAP boleh dilakukan dengan perbankan online FPX yang cepat, mudah dan selamat. Pembayaran FPX adalah sistem auto sambungan terus akaun bank Public Gold Marketing dengan akaun bank pembeli seperti tempah tiket kapal terbang Air Asia, tempah hotel atau beli belah online masa kini. Namun, pembeelian emas GAP juga boleh dilakukan secara offline dengan bank in atau belian terus di cawangan Public gold berdekatan.

 

4.DISOKONG JONGKONG EMAS FIZIKAL 24K 

Pengeluaran emas akaun GAP di sokong 100% dengan jongkong emas berketulenan 999.9 atau 24k, emas di iktiraf dunia LBMA (London Bullion Market Association) dan jongkong emas tempatan seperti gold bar Bungamas, gold bar Tai Fook dan Emas Dinar. Emas dalam akaun GAP boleh keluarkan semua jenis gold bar atau emas dinar dengan pengeluaran minima adalah gold bar 1g. Disamping itu pengeluaran gold bar atau emas dinar boleh diposkan kerumah melalui perkhidmatan GIT (Gold In Transit) dengan pengeluaran maksima gold bar 10 gram. Pengeluaran gold bar atau emas dinar yang besar hendaklah hadir sendiri ke cawangan Public Gold berdekatan dengan membawa kad pengenalan.




 

5. EMAS GAP DISAHKAN PATUH SYARIAH

Emas GAP telah disahkan patuh syariah kerana disokong 100% dengan emas fizikal yang boleh diperolehi di cawangan Public gold berdekatan ataupun diposkan kerumah.

 

6.KEAHLIAN PERCUMA TANPA YURAN

Pembelian emas GAP dengan minima RM100 secara otomatik menjadi ahli Public Gold tanpa yuran hangus dan emas dalam akaun GAP disimpan secara percuma tanpa yuran tahunan atau apa-apa caj tambahan. Pembelian emas GAP pertama kali untuk pendaftaran dilakukan oleh dealer Public Gold atau cawangan Public Gold. Berminat membeli dan daftar emas GAP terus jadi ahli Public Gold klik CARA BELI EMAS GAP

 

7. PENYIMPANAN EMAS PERCUMA

Penyimpanan emas dalam akaun GAP adalah secara PERCUMA tanpa caj penyimpanan untuk sepanjang hayat. Emas 24K atau emas 999.9 yang disimpan dalam Program GAP disimpan dalam peti simpanan di Public Safe dan kesemua simpanan emas dilindungi insurans sekiranya apa-apa yang berlaku kepada Syarikat Public Gold Sdn. Bhd

 

8.PENGELUARAN JONGKONG EMAS FIZIKAL BILA-BILA MASA

Pengeluaran emas fizikal boleh dilakukan bila-bila masa untuk disimpan sendiri dengan mudah dimana-mana 16 CAWANGAN PUBLIC GOLD MALAYSIA. Contohnya, membeli emas GAP semasa berada di Kuala Lumpur, boleh keluarkan emas fizikal apabila pulang ke kampung halaman kerana Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia.

Emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal sama ada emas pelaburan seperti gold bar atau emas dinar. Pengeluaran minima akaun GAP kepada bentuk fizikal adalah serendah gold bar 1 gram 24 karat lbma bebas gst.

9. TRANSFER PINDAH EMAS GAP UNTUK BELI BELAH BARANGAN DAN EMAS 916

Program GAP adalah pembelian emas 24 karat atau emas berketulenan 999.9 namun boleh pindah (transfer) emas dalam akaun gap mengikut harga semasa untuk beli belah barangan online serta emas perhiasan 916 di PG MALL.

10.PENGELUARAN EMAS FIZIKAL YANG FLEKSIBAL

Kelebihan utama program gap adalah kebolehan mengeluarkan emas perbagai saiz, denominasi atau pelbagai bentuk emas sama ada gold bar 24K atau emas dinar 24K. Jadi, dengan hanya modal kecil dengan tambahan simpanan emas GAP berterusan akan dapat jumlah emas yang banyak dan dapat mengeluarkan gold bar atau emas dinar yang besar yang lebih rendah peratus spread iaitu lebih menguntungkan berbanding menyimpan gold bar yang kecil-kecil. Pengeluaran emas dari akaun Gap adalah ikut kemahuan penyimpan. Contoh, jika dalam akaun GAP tersimpan 5 gram, boleh pilih untuk keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Caj gold premium dikenakan semasa mengeluarkan emas fizikal iaitu jika keluarkan gold bar 1g lbma dikenakan gold premium RM10. Gold Premium adalah caj yang dikenakan ketika membeli emas secara terus atau mengeluarkan emas dalam akaun GAP. Jika pembelian runcit gold bar atau emas dinar, gold premium terus ditambah dengan harga emas semasa. bagi emas gap, gold premium dikenakan semasa mahu keluarkan emas fizikal.

Emas perhiasan 916 ditambah dengan upah tukang yang tinggi, emas pelaburan dikenakan gold premium yang amat rendah.

 

11. KEMUDAHAN JUAL ATAU PAJAK EMAS GAP ONLINE

Emas dalam akaun GAP boleh dijual atau dipajak secara online 24 jam apabila kecemasan dengan mudah dan selamat. Wang penjualan atau pajak emas dalam akaun gap terus dimasukkan kedalam akaun bank penjual dengan selamat.




12.AKAUN EMAS GAP UNTUK MENGERJAKAN UMRAH ATAU PEMBELIAN RUMAH

Emas dalam akaun GAP Public Gold boleh digunakan untuk pelbagai matlamat tujuan dengan disiplin menabung seperti mengerjakan umrah apabila mencukupi emas 10 dinar ataupun 42.5g emas dalam akaun GAP atau untuk membeli rumah dan sebagainya.

 

13.PEMBELIAN BARANGAN DENGAN AKAUN GAP MELALUI PG MALL

PG MALL adalah platform terbaru Public Gold iaitu pembelian pelbagai barangan dan perkhidmatan menggunakan emas GAP secara online. PG MALL telah dilancarkan pada bulan julai 2016 iaitu suatu pusat jual beli barangan dan perkhidmatan menggunakan emas dalam akaun GAP. Pelbagai barangan dan perkhidmatan telah disediakan untuk ahli Public Gold membeli belah menggunakan emas pertama di dunia. Daftar PERCUMA untuk layari PGMall untuk melihat pelbagai barangan dan perkhidmatan yang disediakan dengan kemudahan membeli menggunakan emas gap secara online.

 

14.AKAUN GAP TANPA HAD MASA ATAU JUMLAH

Penyimpanan emas dalam akaun GAP tiada tarikh luput atau had masa dan tiada had jumlah simpanan emas.

15. EMAS GAP SEBAGAI DANA PENDIDIKAN ANAK

Emas dalam akaun GAP sebagai dana pendidikan anak dengan membuka akaun gap untuk anak-anak melalui junior akaun atau “joint account”. Junior Account GAP adalah tabungan emas GAP untuk anak-anak yang berumur kurang dari 18 tahun sebagai pelaburan, tabungan pendidikan, insurans, bekalan kecemasan dan sebagainya kerana emas dalam akaun GAP boleh dijual bila-bila masa oleh ibu bapa apabila memerlukan wang.

 

16.PENAMBAHAN BELIAN EMAS GAP FLEKSIBAL

Penambahan pembelian emas dalam akaun GAP boleh dilakukan mengikut bajet masing-masing minima RM100 dengan harga telus mengikut harga semasa emas GAP. Penambahan belian emas gap adalah telus dimana jika pembelian bukan dalam gandaan 1 gram, berat emas yang dibeli ditukarkan kepada berat emas sehingga 4 titik perpuluhan.




16.PENGAKTIFAN BAKI MINIMA HANYA 1 GRAM DALAM AKAUN GAP

Pegangan baki minima di dalam akaun gap hanya 1 gram sahaja iaitu hanya perlu tinggal baki 1 gram dalam akaun gap supaya akaun gap sentiasa aktif. Baki minima yang perlu disimpan dalam akaun emas Public Bank, GIA Gold investment Account adalah 5 gram. Jika keluarkan semua emas dalam akaun gap, akaun GAP akan tertutup dan pembukaan kali kedua akaun emas gap akan dikenakan yuran pengaktifan sebanyak RM50 untuk mengaktifkan semula akaun gap.

17.PROGRAM KUMPUL EMAS FIZIKAL PERTAMA DI MALAYSIA DAN ASIA

Program GAP Gold Accumulation Program adalah program kumpul emas pertama di Malaysia dan Asia. Satu-satunya syarikat pelaburan emas yang menyediakan peluang mengumpul dan memiliki emas pelaburan modal rendah hanya Public Gold.

18.PENYIMPANAN EMAS SELAMAT

Program GAP Public Gold adalah bagi pelabur emas yang takut menyimpan emas sendiri di rumah, peminat emas modal rendah atau pelabur emas yang berada jauh dari cawangan public gold atau luar negara berpeluang melabur atau menyimpan emas dengan selamat dalam akaun gap.

19.PENGELUARAN EMAS SERENDAH GOLD BAR 1 GRAM

Pengeluaran emas fizikal dalam akaun gap sekurang-kurangnya 1gm emas iaitu boleh mengeluarkan minima gold bar 1 gram 24K lbma bebas gst.

20.PENYEDIAAN ARAHAN BULANAN BANK

Penyimpanan emas tetap bulanan boleh dilakukan dengan Arahan tetap bulanan (monthly standing instruction) bagi mengumpul pengumpulan emas yang tetap seperti RM200 sebulan dan sebagainya. 


21. EMAS GAP SEBAGAI DANA KECEMASAN

Emas pelaburan dari akaun gap seperti gold bar atau emas dinar adalah dana kecemasan yang boleh dijual atau dikeluarkan emas fizikal yang boleh dipajak di semua Arrahnu.

22.PELUANG BERNIAGA EMAS

Pembelian emas akaun gap dengan jumlah belian minima 100g sekaligus berpeluang menjadi dealer atau berniaga emas Public Gold untuk menjana pendapatan aktif dan pasif. Maklumat lanjut untuk menjadi dealer atau pengedar emas Public Gold melalui pembelian emas GAP, whatsapp 011-35646869 Zuraidi Bin Osman, Dealer Public Gold Malaysia.

Penyimpanan atau penggumpulan emas paling murah dan selamat untuk mendapat emas pelaburan termurah bebas gst atau barang kemas 916 tanpa risiko kerugian atau ditipu adalah melalui Program GAP Public Gold. Pembelian emas GAP selamat kerana pembeli emas berurusan terus dengan syarikat Public Gold dan boleh membeli emas mengikut kemampuan sendiri untuk mengumpul emas. Bertindak segera membeli emas gap 1 gram sebagai tapak permulaan pelaburan emas untuk menyimpan emas sedikit demi sedikit sebagai pelindung harta di saat kenaikan harga barang, penyelamat kejatuhan wang di waktu ekonomi yang tidak menentu, pengelak kebocoraan wang, dana waktu kecemasan, penjana keuntungan dan pelaburan terbaik pada waktu harga emas masih rendah. BERTINDAK BELI EMAS GAP SEKARANG  atau whatsapp 011-35646869 untuk mendapat bimbingan dalam pelaburan emas Public Gold.

Pelabur emas yang ingin memiliki atau menyimpan emas sendiri boleh membeli emas dengan cara pembelian emas biasa, iaitu beli emas terus dapat emas. Pelbagai produk emas dan perak pelaburan diiktiraf dunia, lbma yang di sediakan dengan minima pembelian gold bar 0.5g 24karat atau emas 999.9 lbma bebas gst atau DAFTAR PERCUMA sebagai langkah memulakan pelaburan emas fizikal Public Gold dengan klik CARA DAFTAR PERCUMA DAN BELI EMAS PUBLIC GOLD ONLINE.

 


Saturday, 2 January 2021

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?

Kenapa Perlu Simpan Emas? 

 1. Sengaja saya letakkan tajuk diatas sebagai permulaan bicara. Ianya lebih straight forward untuk membawa kita terus kepada perbincangan. 

 2. Jika kita pecahkan simpanan kita kepada dua iaitu simpan duit Dibank & simpan emas, kita akan dapati simpanan emas “Nampak Miskin” sebab ianya tidak dipengaruhi Oleh Nombor #RM. Simpan Emas dipengaruhi nombor kepada #GRAM 

 3. Akan tetapi, jika kita lihat dari sudut lain, Nilai Duit tidak dapat kekalkan kuasa untuk membeli. Setiap tahun nilainya jatuh dan merosot. Keadaan ini Pakar namakan sebagai inflasi. 

 4. Untuk mudah faham, dengan duit RM50 Tahun 90an, kita boleh beli 100 bungkus nasi lemak kerana harga nasi lemak ketika itu sekitar RM0.50 

 5. Tahun 2021 pula, harga nasi lemak sekitar RM1 bagi sebungkus. Bermaksud dengan duit RM50, kita boleh beli 50 bungkus sahaja. Jadi 100 bungkus & 50 bungkus sudah semestinya beza. 

 6. Untuk Emas pula ada ketika Harga naik dan ada ketika turun. Itu Adalah Normal. Cuma untuk tempoh jangkamasa panjang, kita akan lihat Harga emas naik. Nilainya Semakin mahal dan tinggi.
Kita ambil Contoh sebenar, Tahun 2019 = Sekilo RM184Ribu Tahun 2020 = Sekilo RM215Ribu Tahun 2021 = Sekilo RM272Ribu

7. Daripada RM184Ribu meningkat menjadi RM272Ribu. Perbezaan untuk 3 tahun ini sekitar RM88Ribu. 

 8. Nilai RM88Ribu Mungkin sikit bagi setengah orang tetapi nilai tersebut boleh bangunkan sebuah rumah sederhana besar jika kita mempunyai sebidang tanah. 

9. Simpan aset emas untuk miliki Aset lain. Best kan? 

 10. Jadi, letakkan emas dalam portfolio simpanan kita. 

 Zuraidi Osman 
 Dealer Public Gold 
 01135646869

Sunday, 4 October 2020

Kelebihan emas public gold untuk pelaburan terbaik kerana satu-satunya menawarkan harga emas termurah bebas gst patuh syariah di Malaysia

 Apakah kelebihan emas public gold serta kebaikkan membeli emas keluaran syarikat pelaburan emas dan perak terbesar di Malaysia.




Kenapa pilih emas Public Gold?.

Public Gold syarikat pengeluar emas dan perak fizikal terbesar dan terbaik di Malaysia adalah syarikat emas yang teguh, terkenal, mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia dan syarikat pertama di Malaysia yang mengeluarkan jongkong emas dan perak yang diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record. Oleh sebab itulah emas dan perak keluaran Public Gold mempunyai kelebihan berbanding syarikat emas lain atau kedai emas.

Kelebihan, kebaikkan dan keistimewaan emas public gold antaranya :

Kelebihan emas public gold 1 :
Emas public gold boleh di beli atau dijual 24 jam, 365 hari setahun secara online mengikut harga emas antarabangsa yang berubah setiap 20 minit. Walaupun emas dan perak public gold berbentuk fizikal, tetapi boleh di jual beli 24 jam kerana public gold menggunakan sistem booking harga beli atau jual emas 24 jam sehari melalui website atau iphone android. Ini bermaksub emas public gold boleh di lock harga melalui website public gold dan urusan jual beli emas atau perak fizikal dilakukan pada waktu pejabat berkerja. Contohnya, harga emas rendah pada pukul 12 tengah malam, kita boleh lock harga beli emas melalui website public gold secara online dan membayar serta mengambil emas yang dibeli keesokkanya di cawangan public gold.
Kebaikkannya, pelabur emas atau penyimpan emas berpeluang mendapat keuntungan yang maksima dengan menjual emas pada harga emas tertinggi atau membeli emas pada harga terendah.

Kelebihan emas public gold 2 :
Harga emas public gold adalah mengikut harga emas antarabangsa sebenar yang berubah setiap 20 minit tanpa henti 24 jam sehari. Public gold menggunakan Sistem ERP (Enterprise Resource Planning) yang stabil merangkumi 20 server yang boleh memaparkan laman web dengan  informasi emas terkini. Harga emas public gold tidak berubah atau tetap pada hari sabtu dan ahad kerana urusniaga dunia tidak berubah atau ditutup.
Harga emas public gold adalah telus mengikut harga emas sebenar dunia dan sentiasa di paparkan pada website public gold secara online. Bagi melihat harga emas semasa public gold, klik HARGA EMAS SEMASA PUBLIC GOLD.
Kebaikkannya, pelabur emas atau penyimpan emas tidak di tipu melalui harga emas yang telus. 

Kelebihan emas public gold 3 :
Susut nilai emas atau spread harga emas adalah terendah iaitu antara 4.5%  hingga  10% sahaja. Spread harga emas atau susut nilai adalah perkara utama dalam pelaburan emas fizikal. Bagi melihat spread harga emas public gold, klik JENIS EMAS TERBAIK untuk pelaburan.
Kebaikkanya, pelabur emas fizikal atau penyimpan emas cepat memperolehi keuntungan.

Kelebihan emas public gold 4 :
Harga emas public gold adalah lebih rendah dari kedai emas atau dari kebanyakkan pengeluar emas lain. Ini kerana Public Gold adalah kilang emas, bukan kedai emas iaitu mengeluarkan emas dan perak fizikal sendiri. Harga emas public gold murah kerana Public gold tidak menggunakan orang tengah untuk menjual emas, iaitu sistem jualan langsung dari syarikat public gold terus kepada pelanggan atau pengedar emas public gold. Public gold juga mengeluarkan kos yang sedikit untuk pengiklanan produk public gold. Jongkong emas dan perak public gold di akui oleh Malaysian Book Of Record sebagai jongkong emas dan perak yang pertama dan termurah di Malaysia. Jongkong emas dan perak pelaburan Public Gold SATU-SATUNYA di Malaysia yang di iktiraf dunia, LBMA yang bebas cukai GST.
Kebaikkanya, pelabur emas public gold dapat membeli emas lebih banyak dengan nilai duit yang sama.

Kelebihan emas public gold 5 :
Public gold mempunyai 18 cawangan seluruh Malaysia disamping dealer atau pengedar emas yang ramai. Public gold mempunyai banyak cawangan di setiap negeri dalam Malaysia serta beroperasi setiap hari dari 8.30 pagi hingga 6 petang kecuali cuti am. Klik lihat CAWANGAN PUBLIC GOLD SELURUH MALAYSIA untuk melihat alamat dan talian telefon setiap cawangan public gold berdekatan anda.
Kebaikkanya, memudahkan urusan jual beli emas oleh pelanggan public gold atau pengedar emas public gold.

Kelebihan emas public gold 6 :
Emas Public Gold disahkan tulen dan disertakan sijil ketulenan yang sah. Emas public gold boleh di gadai di mana-mana arrahnu atau kedai pajak gadai. Bagi gold bar dan emas dinar lbma bebas gst boleh digadai di arrahnu pos tanpa di buka sampulnya.
Kebaikkannya,  Barangan kemas public gold boleh digadaikan di mana-mana Arrahnu atau pusat gadaian. Gold bar dan syiling dinar kini diterima untuk digadai di semua 70 Arrahnu Pos Malaysia, semua Arrahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) tanpa di buka sampulnya atau di uji ketulenannya.

Kelebihan emas public gold 7 :
Public Gold menjamin beli balik emas walaupun ianya calar, kemek, bengkok dan sbagainya tanpa berkurangan nilai jualan emas selagi berat emas tu masih kekal. Tiada kos atau spread tambahan dikenakan. Ini adalah kerana Public Gold mempunyai kilang sendiri di Bayan Lepas untuk proses peleburan, pembentukan dan pembungkusan semula. Ini berbeza dengan syarikat lain atau kedai emas yang terpaksa mengenakan caj atau susut nilai tambahan kerana mereka bergantung kepada pihak ketiga untuk memproses emas terpakai.
Kebaikkanya, Emas public gold mudah djual, tidak cerewet dan terjamin untuk masa depan.

Kelebihan emas public gold 8 :
Stok emas public gold sentiasa ada walau dalam apa keadaan sama ada ketika harga emas menjunam atau ketika permintaan emas yang tinggi. Ini adalah kerana Public Gold mempunyai kilangnya sendiri. Public gold mempunyai fasiliti penempaan yang lengkap yang berkeupayaan mengeluarkan 15,000 kepingan emas dan perak setiap bulan. Berbeza dengan syarikat pelaburan emas lain atau kedai emas, tidak menjual atau menutup kedai sementara apabila harga emas rendah.
Kebaikkannya, Penyimpan emas berpeluang dapat keuntungan membeli emas pada harga rendah kerana stok emas sentiasa ada.

Kelebihan emas public gold 9 :
Public Gold berkeupayaan membeli balik emas dalam jumlah yang besar apabila pelabur atau pelanggan menjual balik emas kepada Public Gold. Ini adalah kerana public gold menggunakan jumlah modal pelaburan yang besar iaitu melebihi RM30 juta. Pada bulan September 2011 harga emas meningkat naik tertinggi, Public Gold membayar wang jualan balik oleh pelanggan dan pengedar emas public gold lebih kurang RM2 juta sehari. Saya masih ingat, pada waktu inilah saat yang mengembirakan saya dan pelabur emas public gold kerana dapat keuntungan dengan menjual emas scara online.
Kebaikkan, mudah dan terjamin untuk menjual emas

Kelebihan emas public gold 10 :
Tiada yuran hangus dikenakan untuk menjadi ahli public gold, ejen atau pengedar emas public gold. Setiap belian emas RM30,000 dalam satu resit anda secara automatic setelah mendaftar dapat jadi dealer Public Gold dan mendapat rebat atau komisen setiap belian emas atau perak  (1% hngga 2%) dan setiap jualan balik emas (0.5%) daripada Public Gold yang akan di masukkan secara automatic ke akaun bank anda setap bulanan. Kalau beli emas RM30,000 hari ini, dan jual semua keesokannya, anda tetap jadi dealer Public Gold.
Kebaikkannya, mudah dan murah menjad pengedar atau peniaga emas fizikal tanpa perlu sewa kedai dan sebagainya. Klik CARA MENJADI DEALER PUBLIC GOLD untuk menjadi peniaga emas dan perak public gold.

Kelebihan emas public gold 11 :
Produk emas Public Gold boleh dibeli secara ansuran yang dipanggil EPP (Easy Payment Purchase). Pembelian boleh dibuat dengan ansuran selama 4 bulan tanpa faedah, cuma anda dikenakan caj perkhidmatan simpanan emas yang rendah iaitu 0.5%  kerana emas yang ditempah disimpan oleh Public Gold sehingga anda membuat ansuran terakhir atau menjelaskannya. Anda juga berpeluang menjadi pengedar emas atau dealer dengan cara belian emas secara ansuran EPP ini iaitu dengan modal permulaan lebih kurang RM4,000 sahaja. Klik  BELI EMAS SECARA ANSURAN EPP untuk mngumpul koleksi emas dan menjadi dealer Public Gold.
Kebaikkannya, Berpeluang menambah emas walaupun bergaji kecil dan berpeluang menjadi pengedar emas public gold.

Keistimewaan emas public gold 12 :

Jongkong emas Public Gold berkualiti antarabangsa. Gold bar atau emas dinar public gold diiktiraf antarabangsa LBMA (London Bullion Metal association) yang di cop oleh Nadir Metal Refinery di Turki iaitu kilang emas berstatus LBMA Good Delivery. Produk emas public gold bercop LBMA bersarung memiliki ciri-ciri keselamatan bertaraf antarabangsa dimana sijil ketulenan dicetak di belakang sarung jongkong emas dan dapat pengecualian cukai gst.

Kelebihan emas berkualiti antarangsa ialah emas bernilai tinggi seluruh dunia.




Keistimewaan emas public gold 13 :

Jongkong Emas Public Gold bebas cukai gst dan syiling emas dinar public gold adalah satu-satunya emas dinar di Malaysia yang dapat pengecualian cukai gst. Jongkong emas dan dinar emas diiktiraf LBMA tanpa cukai public gold berstatus investment precious Metal kerana dikeluarkan oleh pengilang emas berstatus ‘London Good Delivery’. Pembelian jongkong emas tanpa cukai gst membolehkan penjimatan 6% untuk pelabur emas public gold.

Kebaikan peembelian emas tanpa cukai gst iaitu harga emas murah dan jimat 6% dari harga belian.

Keistimewaan emas public gold 14 :

Produk emas public gold berbagai jenis atau tema mengikut minat pembeli dan modal pembeli emas iaitu terdiri daripada gold bar 0.5g lbma tanpa cukai gst sehingga gold bar 250g lbma bebas gst atau jongkong emas tidak bersampul yang dikenakan cukai gst. Produk jongkong emas bebas gst terdiri daripada gold bar 0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan 250 gram. Produk dinar emas bebas gst terdiri daripada ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar. Produk jongkong emas Bungamas tanpa sampul kena gst terdiri daripada gold bar 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram. Produk jongkong emas Tai Fook tanpa sampul kena gst terdiri daripada gold bar 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.




Kebaikkan emas public gold 15 :

Public Gold mempunyai Program Kumpul Emas, GAP (Gold Accumulation Programme) pertama di Asia dan Malaysia. Program GAP membolehkan pelabur emas bermodal kecil mengumpul emas sedikit demi sedikit untuk mendapat gold bar yang besar yang lebih rendah peratus spread dan lebih menguntungkan. Petua pelaburan emas fizikal, adalah lebih menguntungkan memiliki sekeping gold bar 50 gram daripada memiliki 50 keping gold bar 1 gram walaupun berat emas adalah sama. Ini adalah kerana peratus spread gold bar 50 gram adalah lebih rendah dan lebih menguntungkan daripada gold bar 1 gram. Program GAP public gold membolehkan pelabur emas membeli emas sedikit demi sedikit bermula RM100 atau beli 1 gram emas, dikumpul dalam akaun GAP dan boleh mengeluarkan jongkong emas, emas dinar atau barang kemas bebas gst di cawangan public gold berdekatan. Klik CARA BELI EMAS 1 GRAM PROGRAM GAP untuk maklumat mengenai program GAP public gold.

Kebaikkan program GAP boleh melabur modal rendah, penyimpanan percuma dan lebih menguntungkan apabila mengeluarkan jongkong emas yang besar

Untuk beli Emas

WhatsApp 01135646869

Zuraidi 

10 Tips Untuk Yang Baru Nak Mula Menabung Emas 🪙✨

  Kalau baru nak mula simpan emas, jangan terlalu fokus pada harga hari ini. Yang lebih penting ialah berapa gram yang berjaya kita kumpulka...